Tuesday, June 11, 2013

HIJAB & KEIKHLASAN...

Alhamdulilllah.. 

sudah sebulan sy memakai hijab..memang kalau difikirkan semula memang tak percaya saya boleh terbuka hati utk berhijab, walaupun sebelum ini sy memang tahu yg berhijab adalah sesuatu yg perlu sy lakukan..tetapi bagi diri sy adalah amat sukar utk melakukannya dgn keikhlasan & sy pula tidaklah mahu sekadar mengikut-ngikut orang atau kerana terpaksa..jadi sy berdoa kepada Allah utk membuka hati sy utk berhijab..

dan Alhamdulillah kini sy merasa keikhlasan berhijab itu dgn sendirinya..

syukur Allah memberi sy peluang utk berhijrah.. 

Saturday, May 18, 2013

REJAB DAN HIJAB...

11-May-2013 
(1 Rejab 1434H)


Alhamdulillah, sudah masuk bulan Rejab..selepas itu Sya'aban & kemudian Ramadhan..semoga sy ditemukan kembali dgn Ramadhan dlm keadaan sihat & dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam & yg seumpamanya dgn sempurna & diterima oleh Allah..


dan Rejab tahun ini sy telah meneruskan hasrat utk terus berhijab setelah 2 tahun sy menyimpan keinginan..

Alhamdulillah, sudah seminggu sy mengenakan hijab & Allah telah permudahkan penghijrahan sy ini, sedikit pun tidak terdetik di dalam hati rasa terpaksa..semoga Rejab tahun ini menjadi pemangkin perubahan sy utk menjadi seorg muslimah, In Shaa Allah..




Friday, May 10, 2013

MALAYSIA ELECTION DAY...

Election Day
5-May-2013


TERUJA..

sebab......this is my first time!!!
* itu pun setelah di paksa oleh en suamee utk mendaftar..
hahaaa malunyaaa..



KAMI SUDAH...
Alhamdulillah...




OMG!! AFTER 18th YEARS...

ex-ARGS'95 gathering..
4-May-2013 @ Concorde Hotel, KL

we have plan the gathering so much earlier, but disebabkan ada masalah adik-beradik dgn problem & because of the Malaysian election fall the day after..kami2 yg akan mengudi di sinilah nampaknya yg available to attend..

memula sy risau jugak if ada yg tak kenal sy selain dari kawan2 yg rapat..maklumlah dah 18 years tak bersua muka, but..the responds strongly praised, they are still warm & friendly as before school age..they do not change much & sy sedikit pun tidak rasa janggal berada dikalangan mereka..

Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera & masih comel seperti dulu walaupun ada yg dah beranak 4 tapi masih cantik..seronoknya bergelak ketawa mengimbau kenangan zaman persekolahan..ada cerita pahit, sedih & tak kurang juga cerita yg lucu..tak kering gusi dibuatnya..



utk memeriahkan lagi keadaan, we all setuju adakan exchange gift di mana range harga yg telah ditetapkan..simple tapi sy sendiri rasa sangat teruja & agak berdebar juga sebenarnya hahaa...

and cik puan nurse Faezah sempat buat charity lagi..memang tiada paksaan tapi bila tengok gambar2 yg diedarkan, terasa insafnya diri ini & beruntungnya hidup sy ini jika nak dibandingkan dgn mereka yg dihimpit penderitaan, kemiskinan & kesakitan..and semua dialu2 kan sekiranya ingin menjadi volunteer di pusat jagaan warga emas..last but not least, kami semua dapat kuih bakar khas dari Mesra Home hoyeee...


taraaa..inilah gift yg sy dapat dari cik Zakiah kita..thank you Zack, aku suka sgt button mug    nih..no wonder kau remind aku jgn sampai terjatuh, takut pecah ahaksss...





Friday, April 26, 2013

KIDDOS DAY @ KIDZANIA, KL...

back-dated post okey..
11-Apr-13, kiddos day out..

seperti yg dijanjikan seawal pagi anak bujang & anak dara sy bangun..tak adalah surprise sangat sebab kalau bab nak berjalan, dorang ini memang akan bangun sendiri..meet point kita orang kat Ikea food court..excited sangat dorang nak pergi KidZania tu sampai we parents makan tercekik2 di buatnya..hailh nasib badannn..


entrance fee for child rm60 & adult rm35..tapi we all dah save rm20 child ticket sebab beli masa kat MATTA fair..so layanlah picture 6 org anak2 yg mana sempat jek coz mereka2 ni berpindah ke satu2 activity ikut suka jek..terlupa agaknya mak bapak dh tua & movement tu agak slow sikit heheee..


ready to check-in..lepas pakai magnetic gelang tu, dapatlah cash cheque rm50 sorang satu..


need to cash out the cheque..

and seterusnya menjalankan activity masing2..girls in 1 group & boys in 1 group..penat mengejar budak2 nih..tak larat nak mengikut ke-agresifan dorang tu semua..alahaii factor usialah ni gamaknya..

 
 
 

duit gaji yg berbaki semua tak nak masuk bank..nak repeat next visit katanya aishhh...


Monday, April 15, 2013

APAKAH NILAI SEORANG ISTERI?...

"Apakah Nilai Seorang ISTERI?"

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan.

PENCERAMAH : " Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda"

- Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isteri nya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang silahkan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya.
- Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut.
PENCERAMAH : "Hapus 2 nama lagi",

maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.

Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : "silahkan padam 1 nama lagi!",
Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : Silahkan pilih 1 nama lagi!.
- Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu :"kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi."

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki menjawab "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin, setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini."

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas :)


Sumber: https://www.facebook.com/usop.wheelchair

Friday, April 5, 2013

KAHWIN KAHWIN KAHWINNN...

bulan March, cuti sekolah seminggu sy tak plan ke mana2 pun..banyak wedding nak kena attend on weekend..paling tak boleh mengelak bila cousin punya majlis..

yg ala2 garden wedding kat villa ni cousin yg keberapa ntah..ni yg ayah dia keje pilot & if you all boleh flashback, pd 30/11/2008 family ni pernah mengalami mimpi ngeri di mana rumah banglo mereka di Ulu Yam, Selangor tertimbus dlm incident tanah runtuh pd jam 5.30am & meragut dua nyawa - Noratirah Roslan(16thn) & Nurul Intan Sarina Roslan(9thn)..kiranya nilah menantu pertama dlm family mereka & kalau tak silap sy ada lagi 2 orang anak yg belum kahwin..



wedding yg ni plak kat Melaka..well known, org Melaka kalau buat majlis kahwin memang meriah..part yg paling sy suka berinai besar, tang bunga api buluh tu yg buat sy amat suka attend wedding org Melaka heheee..sy dulu in-law siap mintak ayah tempahkan bunga api buluh tu utk majlis kami kat Ampang..kat KL katanya tak ada org buat begitu, bangga gak jadi org Melaka an heheee..




zaman berubah, kompang kampung pun dah jadi modern..kompang kali ni memang lain dr yg lain..bukan setakat pakai pengetuk besau tu, tapi ahli2 kompang siap buat persembahan menari2 lagik sambil menepuk kompang memasing..errmmm agaknya kat tempat lain ada tak mcm ni..

dalam dok sibuk2 tu, sempat gak snap gambar beramai2 dgn ahli keluarga baru & sedara mara..


Monday, April 1, 2013

SABAH BAH..

back dated story ni yee..Sabah @ March 2-5, 2013

dah lama sebenarnya nak menjejakkan kaki kat Sabah ni, tapi sebab fikir nak pergi bertiga jek macam tak berapa nak best kan..so kenalah tunggu green light dari geng sekepala sy yg 2 org lagik tu..

sama seperti Kuching last year, kami ambil package + tour guide..maklumlah pergi tempat orang then nak berjalan sendiri tu macam tak berapa practical sebab bawak anak2 an..so as usual 1st day arrive mesti city tour dulu kan..sempatlah kami singgah Muzium Sabah & Golden Mosque..menurut kata tour guide, di atas kubah yg paling besar adalah pure gold yg diberikan oleh Sultan Brunei sebagai hadiah kepada negeri Sabah..

part tour kat Mari-Mari Cultural Village pada sy yg paling best..entrance fee sy tak sure harganya sebab dah included in our package..agent kata tour waktu malam lagi best kat hutan tu, so tour kami start 6.30pm..selain dr kami, ada 4 more groups yg join the tour..

sy rasa macam betul2 berada dlm perkampungan mereka yg dikelilingi hutan semulajadi & diiringi dgn bunyi cengkerik (opss ada rasa takut jugak sebenarnya..) selain dr rumah2 budaya/kaum mereka, sy dapat try buat kuih jala sabah & en Adam sibuk try masak nasi dlm buluh (sedap gak walaupun sy tengok dia main belasah jek campur2 semua hehee)..madu lebah liar plak rasa macam manis2 pahit & try air pandan yg suam2 dihidangkan memang sedap (siap mintak recipe lagik hahaa)..

selain dari makanan, ada jugak daily activity mereka yg kami dapat cuba..hidupkan api dengan menggunakan buluh lah yg paling susah nak buat rasanya & siap ada supply rokok daun lagik utk encik2 suami..

yg paling seronok adalah cara mereka berhibur..rumah kaum apa sy tak sure tapi di sana kebykannya rumah panjang..di tengah2 rumah ada satu lubang & di buat satu pangkin yg hanya di support dgn menggunakan beberapa batang rotan dibawahnya..pangkin tu barayun seperti buaian & di atas pangkin itulah kita akan lompat beramai2 setinggi yg boleh & mencapai hadiah yg digantungkan di bumbung..memang seronokwalaupun lompatan kami tak berapa nak tinggikan & sakit perut sebab terlebih ketawakan gaya masing2 melompat hahaaa..rasanya lebih kurang 2hours kot kat dalam hutan tu & penutupnya tarian kebudayaan kaum2 Sabah & kami dihidangkan dinner lauk pauk orang Sabah, taste mereka lebih kurang kita di Semananjung so tak ada masalah nak telan heheee..

okey kalau dah ke Sabah, snorkeling memang wajib ada dalam list kat Pulau Sapi..actually ada 3 pulau termasuk Manukan, tapi package yg included dengan lunch hanya ada kat Pulau Sapi, so memang ramailah tourist kat pulau tu..yg suka sangat water activity ni of cause lah en Adam & the geng..papanya ajar sekejap je terus dia pandai snorkeling sendiri sampai makan pun kita yg kena panggil naik uhukkk...

story part shopping plak..uishh rasa macam nak beli semua sampaikan ikan masin yg dihidangkan kat Mari-Mari Cultural Village tu pun sy cari & beli sebab en Nan suka ikan masin tu & tak lupa jugak kopi tenom yg famous kat Sabah..rumpai laut pun sangat murah & ada macam2 jenis dari untuk kecantikkan sampailah utk kesihatan..

dah alang2 sampai Sabah, mesti nak jugak beli barang seketul dua pearl kan, then tour guide bawak kami ke Jameela, kedai menjual pearl yg famous di kalangan tourist, sy bukan hard core pada pearl tapi boleh sampai tak cukup duit bila nak bayar..nasib baik ada back-up banker hahaa..
Gunung Kinabalu destinasi seterusnya..jauh gak dari town nak ke sana plus minuse 2hrs perjalanan..seawal 6.30am kami bergerak dari hotel sebab tour guide kata if nak nampak puncak Gunung Kinabalu dgn jelas sekitar jam 8am (if cuaca baik & tiada kabus..) & Alhamdulillah memang rezeki kami, cuaca amat baik & puncak gunung boleh nampak dgn jelas..lebih kurang 1hour menghabiskan masa di National Park, MasyaAllah sy amat kagum dgn keindahan ciptaan Allah & cuaca yg amat nyaman sehinggalah puncak gunung beransur-ansur hilang diselabuti kabus..

seterusnya kami singgah di pekan Kundasang..pekannya lebih kurang macam di Cameron Highlands & sejuk, penuh dgn tanaman & jualan sayur2 an & buah2 an..ada satu buah yg menarik perhatian sy iaitu buah lemak manis..rupanya seperti mangga/buah labu & rasanya memang sgt creamy..tp kena makan fresh utk mengelakkan rasanya hilang..sayangnya kami tak berkesempatan utk ke jambatan Tamparuli kerana lokasinya yg jauh ke dalam & waktu tidak mengizinkan..

last but not least, kami singgah di Rumah Terbalik semasa perjalanan ke airport..yelah selalu dengar org story pasal rumah terbalik ni kan, nak jugak sy tengok dari dekat..sebenarnya tak ada apa yg menarik pon di sini, setakat tengok kereta & rumah terbalik..di dalam rumah tak dibenarkan mengambil gambar & pada sy tak ada apa yg boleh dibanggakan di situ plus dgn entrance fee rm10/person, sy rasa macam tak berbaloi..tapi takpelah kan at least sy sampai juga di sini..

In Shaa Allah jika diizinkan, para2 suami ada perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu..bolehlah sy datang lagik & menikmati buah lemak manis hahaaa...

Tuesday, March 19, 2013

PENANG OH PENANG...

back dated story ni sebenarnya..lately ni banyak sangat benda nak kena settlekan, so banyak story mory semuanya tertangguh ler kan..okey just nak share with uolls our family vacation...BIG family!! 

this 2013 year, venue vacation as requested by our parents..ke Penang (Feb 10-12) kita yok..as planned, we spend our Chinese New Year holiday kat sana..since my younger brother bertolak dari Melaka mid-night, so kami bertolak seawal pagi & meet point kami at 1 of RnR (sorry tak ingat which RnR hehee..)

ketua rombongan aka Abg Kawasan kata "kita naik ferry.." 
so bersusun2 lah kereta rombongan yg 5 buah lagik tu berbaris nak naik ferry..itu 1st day kami (mcm kelakar pon ada heheee..)



2nd day punya cerita plak, awal2 pagi dah keluar menuju ke Bukit Bendera..actually yesterday we dah sampai sini, tapi punyalah ramai manusia yg nak naik itu bukit, dah ler cari parking sangatlah susah..memanglah public holiday confirm ramaikan, tapi sy rasa disebabkan location itu bukit di kelilingi kawasan perumahan, so untuk mendapatkan parking teramatlah payah..ntah macam mana orang2 yg tinggal kat area tu..mesti stress jugak kan..dan kebetulan ada plak concert gagnam si PSY kat Penang today..special invitation open house sempena raya cina katanya..memang lagi parah ler kan..

selepas lebih kurang 1hr anak2 bujang mak ayah Q beli ticket, finally berjaya gak we naik itu bukit..view memang cantik tapi sangat panas weather time tu (kesian tengok org tua sy tu) we spend about 3hrs kot kat atas tu plus lunch & the food semuanya sedap2..


part yg paling best bila nak turun..bukan aje anak2 berebut Q nak duduk cabin paling depan tapi dgn sy jugak berebut (over kan hahaa..) & advantage nya, priority given to senior citizen, so sy & anak2 dapatlah dok cabin yg paling depan..kecut perut gak bila turun, rasa macam naik roller coster kata Adam hehee..

then, we went to Snake Temple..jauh gak dari Bukit Bendera nak ke sana plus dengan jem & panas perghhh memang boleh bikin hati panas jugak..tak ada lah best sangat pun kat temple tu..ular2 yg ada pon kebanyakkan macam stim baru pas makan ubat tidur kot..tapi ok lah daripada tak pernah pergi kan hahaaa..


last day..tempat yg paling teringin sangat si Adam tu pergi - Rumah P.Ramlee
alang2 dah sampai Penang kan, so we pergi ajelah..seperti yg dijangka, si Adam tu punyalah banyak soalan nak tanya itu ini..sy leave it to en Nan ler jawab untuk anak dia..conclusion nya mereka berdua memang sukan tengok movie2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini..


** perasan tak sy tak ada story pasal makanan..sebab terlalu banyak makanan di Penang yg menjadi favourite..apatah lagi nasi kandar & pasembor tak tercerita di buatnya perghhh..terbaik!

Friday, March 8, 2013

HAPPY WOMEN'S DAY...from me to you!



 




Hebatnya Wanita
=================

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki..
Wanita itu sayap kiri lelaki..
Wanita berhati lembut dan kuat emosi..
Wanita itu kaum yang lemah..

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu..
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda. Selamat Hari Wanita

 

Wednesday, February 20, 2013

BUKAN GOLD COAST YANG ITUUU...

welcome to Gold Coast Morib (January 25-27)
tak perlu naik belon u, naik kereta pun dah boleh sampai Gold Coast hahaaa...

en adam & the geng memanglah berhantu sgt dgn air..asal kata pergi vacation jek, 1st question "ada swimming pool tak?" tapi kali ni sy tak bagi tau pon en adam about water park, event tempat yg we all nak pergi pon sy kata tak sure..ikut papa jek (heheee saja buat dia rasa down dulu) cuma yg dia tau sahabat dia si luqman & ali tu join sekali.. 

sampai sana en adam mcm tak percaya we will stay kat situ..so en adam start lah marah2 sy sebab tipu dia heheee (sy suka tengok muka happy en adam bila ada surprise) ni namanya pucuk di cita ulam mendatang! hahaaa..




spanjang 3 hari kat sana asiklah berendam jek..mak pak dah terasa sejuk, tapi budak bertiga tu relax jek..dari sejuk ke panas sampai sejuk balik sy rasa kat water park tu ha..naik hanya utk makan aje, betul2 tak lepaskan peluang..

bila siang dah all out, pas senja battery memasing dh jadi 0%..mulalah tak nak dinner alasan tak ada selera & menguap memanjang, so anak2 beradu sangatlah awal tau..bapak2 nya time tulah nak berborak sakan, and kami ibu2 pergi chinese massage yg terletak kat floor paling atas..this is my 1st time try chinese massage..sekali hamik ko! sakit ooo..abis badan kena uli..seminggu gak ler sakit & lebam2 badan..rasainn!


bila dah tidur awal, bangun pon awal ler budak bertiga tu..1st thing in the morning dah info kita org mak pak ni pasal ATV (wahh dah buat plan sendiri rupanya)..anak punya pasal, pas je breakfast dok ler kita org tepi pantai tu ngadap keseronokkan mereka, pastu sambung plak ke water park..begitulah seterusnya selama 3D/2N kat sana..


last day, pas check-out..zzassss ke Putrajaya plak..kebetulan lalu situ kan singgah je lah..terasa macam datang dari jauh jek heheee..

kalau bercerita pasal vacation, selalunya sy akan fikirkan pasal anak2..holiday utk mereka rasa seronok, ada activity utk mereka..sebab tu sy prefer in group vacation & en adam enjoy dgn kawan2 dia..

Monday, January 28, 2013

HATI SEORANG IBU, PASTI ADA RASA CINTA..

YA ALLAH,
Jika suatu saat aku kehilangan harapan & tujuanku, berikanlah padaku keyakinan bahawa Takdir Mu lebih baik dari semua yg aku inginkan & aku impikan. Peliharalah aku dari kekecewaan, kuatkan diri ini utk menempuhi kehidupan ketika sedih & susah. Jadikanlah aku seorang manusia yg sentiasa tabah & sabar utk mengharungi hidup yg mendatang..

YA ALLAH !
Jadikan kematian anak kami sbg simpanan pahala dan amal baik serta pahala buat kami. Ya Allah, lindungilah dia dari siksa kubur dan berikanlah dia kesejahteraan. Ya Allah, dgn musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatannya dan berilah pahala yang agung, Kumpulkan anak kami dengan orang-orang yg soleh dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dgn rahmat-Mu dari siksaan Neraka Jahim..
AL-FATIHAH, amin...


Hari ni (28-Jan), sudah 2 tahun arwah Yazir pergi meninggalkan sy. Rindunya sy pada arwah hanya Dia yg tahu, hati sering berkata2 pd takdir itu..redha hanya dikatakan tapi tidak pada hati ini yg sarat dgn derita. Memang susah nak diluahkan apa yang dirasa, paling mudah air mata sahaja jadi teman setia dari segi zahirnya. Namun sebenarnya kenangan dgn arwah itu lah kekuatan sy. Ingatan itu mampu buat sy berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup sy nan indah dulu. 

Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan . Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari kehari . Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula, kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit..sgt sakit !

hibanya hati melepaskan arwah pergi
bukan tidak redha, tapi itulah hati seorg ibu
pasti ada rasa cinta, tapi hakikatnya sbg hamba
yang terpaksa akur dgn takdir-Nya

REDHA , REDHA, REDHA...
Semoga kuat , mama !



Tuesday, January 22, 2013

DAN DI SUATU SAAT...

Hidup ini terlalu sukar untuk difahami & di mengerti. Terlalu banyak rahsia & hikmah yg terkandung dlm perjalanan sepanjang kita di beri kesempatan untuk meneruskan hdup kita dlm menjalani perintah dari-NYA. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada pelbagai onak & duri..

Kekadang bila hati berterusan gagal bangkit & tak mampu utk merasa redha, memberi kemaafan, merasa cukup & bersyukur dgn anugerah Allah..diri akan merasa tidak tahu arah mana nak dituju..bagaimana mahu dibuat lagi utk berubah..

Apa pun pilihan org atas kita, segalanya dgn izin Allah. Bukan bermakna tiada balasan dari-Nya..tetap terlaksana buat baik balasan baik, buat jahat balasan jahat..walau sebesar zarah, walau di dalam hati sanubari..

Semoga kita sentiasa bersyukur & memberi kebaikan..InsyaAllah


"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat."

Monday, January 21, 2013

KENANGAN TAK BISA DILENYAPKAN..

pahit manis dalam kehidupan..lagu yg sangat memberi kesan yg mengalirnya air mata - Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan (Jamal Abdillah)


semakin kau diam

semakin kau cengkam
perasaanku


tidakkah tersimpan

rasa kasih padaku
walau secebis

kenangan
tak bisa kau lenyapkan

walau bagaimana
kau cuba memberi alasan
kerana ku tahu itu hanya dusta

adakah di hati

terasa penyesalan menyintaiku

apakah aku tak setaraf

dengan apa yang kau inginkan

jika itu yang benar
biar aku hentikan desakan ini
kerana ku punya harga diri

ku takkan merintih
walau dada pedih membakar

Friday, January 11, 2013

JGN JADIKAN ANAK SEBAGAI BEBAN...




Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Tuesday, January 8, 2013

MENCINTAI ORG YG KITA NIKAHI ADALAH SUATU KEWAJIPAN...

menikahi org yg kita cintai adalah suatu kemungkinan..
mencintai org yg kita nikahi adalah suatu kewajipan..


10 PETUA MENJADI SUAMI MITHALI

1. Isteri adalah manusia

Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri



sumber: Rahsia Perkahwinan


Tuesday, January 1, 2013

WELCOME 2013...


semoga tahun 2013 ini menyinar..
mnjadikn sy seorg isteri, ibu & anak yg tabah mnghadapi ujian di dlm kehidupan..
moga Allah melindungi & memberi bimbingan..
InsyaAllah..


via iPhone