Friday, April 26, 2013

KIDDOS DAY @ KIDZANIA, KL...

back-dated post okey..
11-Apr-13, kiddos day out..

seperti yg dijanjikan seawal pagi anak bujang & anak dara sy bangun..tak adalah surprise sangat sebab kalau bab nak berjalan, dorang ini memang akan bangun sendiri..meet point kita orang kat Ikea food court..excited sangat dorang nak pergi KidZania tu sampai we parents makan tercekik2 di buatnya..hailh nasib badannn..


entrance fee for child rm60 & adult rm35..tapi we all dah save rm20 child ticket sebab beli masa kat MATTA fair..so layanlah picture 6 org anak2 yg mana sempat jek coz mereka2 ni berpindah ke satu2 activity ikut suka jek..terlupa agaknya mak bapak dh tua & movement tu agak slow sikit heheee..


ready to check-in..lepas pakai magnetic gelang tu, dapatlah cash cheque rm50 sorang satu..


need to cash out the cheque..

and seterusnya menjalankan activity masing2..girls in 1 group & boys in 1 group..penat mengejar budak2 nih..tak larat nak mengikut ke-agresifan dorang tu semua..alahaii factor usialah ni gamaknya..

 
 
 

duit gaji yg berbaki semua tak nak masuk bank..nak repeat next visit katanya aishhh...


Monday, April 15, 2013

APAKAH NILAI SEORANG ISTERI?...

"Apakah Nilai Seorang ISTERI?"

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan.

PENCERAMAH : " Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda"

- Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isteri nya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang silahkan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya.
- Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut.
PENCERAMAH : "Hapus 2 nama lagi",

maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.

Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : "silahkan padam 1 nama lagi!",
Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : Silahkan pilih 1 nama lagi!.
- Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu :"kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi."

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki menjawab "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin, setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini."

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas :)


Sumber: https://www.facebook.com/usop.wheelchair

Friday, April 5, 2013

KAHWIN KAHWIN KAHWINNN...

bulan March, cuti sekolah seminggu sy tak plan ke mana2 pun..banyak wedding nak kena attend on weekend..paling tak boleh mengelak bila cousin punya majlis..

yg ala2 garden wedding kat villa ni cousin yg keberapa ntah..ni yg ayah dia keje pilot & if you all boleh flashback, pd 30/11/2008 family ni pernah mengalami mimpi ngeri di mana rumah banglo mereka di Ulu Yam, Selangor tertimbus dlm incident tanah runtuh pd jam 5.30am & meragut dua nyawa - Noratirah Roslan(16thn) & Nurul Intan Sarina Roslan(9thn)..kiranya nilah menantu pertama dlm family mereka & kalau tak silap sy ada lagi 2 orang anak yg belum kahwin..



wedding yg ni plak kat Melaka..well known, org Melaka kalau buat majlis kahwin memang meriah..part yg paling sy suka berinai besar, tang bunga api buluh tu yg buat sy amat suka attend wedding org Melaka heheee..sy dulu in-law siap mintak ayah tempahkan bunga api buluh tu utk majlis kami kat Ampang..kat KL katanya tak ada org buat begitu, bangga gak jadi org Melaka an heheee..




zaman berubah, kompang kampung pun dah jadi modern..kompang kali ni memang lain dr yg lain..bukan setakat pakai pengetuk besau tu, tapi ahli2 kompang siap buat persembahan menari2 lagik sambil menepuk kompang memasing..errmmm agaknya kat tempat lain ada tak mcm ni..

dalam dok sibuk2 tu, sempat gak snap gambar beramai2 dgn ahli keluarga baru & sedara mara..


Monday, April 1, 2013

SABAH BAH..

back dated story ni yee..Sabah @ March 2-5, 2013

dah lama sebenarnya nak menjejakkan kaki kat Sabah ni, tapi sebab fikir nak pergi bertiga jek macam tak berapa nak best kan..so kenalah tunggu green light dari geng sekepala sy yg 2 org lagik tu..

sama seperti Kuching last year, kami ambil package + tour guide..maklumlah pergi tempat orang then nak berjalan sendiri tu macam tak berapa practical sebab bawak anak2 an..so as usual 1st day arrive mesti city tour dulu kan..sempatlah kami singgah Muzium Sabah & Golden Mosque..menurut kata tour guide, di atas kubah yg paling besar adalah pure gold yg diberikan oleh Sultan Brunei sebagai hadiah kepada negeri Sabah..

part tour kat Mari-Mari Cultural Village pada sy yg paling best..entrance fee sy tak sure harganya sebab dah included in our package..agent kata tour waktu malam lagi best kat hutan tu, so tour kami start 6.30pm..selain dr kami, ada 4 more groups yg join the tour..

sy rasa macam betul2 berada dlm perkampungan mereka yg dikelilingi hutan semulajadi & diiringi dgn bunyi cengkerik (opss ada rasa takut jugak sebenarnya..) selain dr rumah2 budaya/kaum mereka, sy dapat try buat kuih jala sabah & en Adam sibuk try masak nasi dlm buluh (sedap gak walaupun sy tengok dia main belasah jek campur2 semua hehee)..madu lebah liar plak rasa macam manis2 pahit & try air pandan yg suam2 dihidangkan memang sedap (siap mintak recipe lagik hahaa)..

selain dari makanan, ada jugak daily activity mereka yg kami dapat cuba..hidupkan api dengan menggunakan buluh lah yg paling susah nak buat rasanya & siap ada supply rokok daun lagik utk encik2 suami..

yg paling seronok adalah cara mereka berhibur..rumah kaum apa sy tak sure tapi di sana kebykannya rumah panjang..di tengah2 rumah ada satu lubang & di buat satu pangkin yg hanya di support dgn menggunakan beberapa batang rotan dibawahnya..pangkin tu barayun seperti buaian & di atas pangkin itulah kita akan lompat beramai2 setinggi yg boleh & mencapai hadiah yg digantungkan di bumbung..memang seronokwalaupun lompatan kami tak berapa nak tinggikan & sakit perut sebab terlebih ketawakan gaya masing2 melompat hahaaa..rasanya lebih kurang 2hours kot kat dalam hutan tu & penutupnya tarian kebudayaan kaum2 Sabah & kami dihidangkan dinner lauk pauk orang Sabah, taste mereka lebih kurang kita di Semananjung so tak ada masalah nak telan heheee..

okey kalau dah ke Sabah, snorkeling memang wajib ada dalam list kat Pulau Sapi..actually ada 3 pulau termasuk Manukan, tapi package yg included dengan lunch hanya ada kat Pulau Sapi, so memang ramailah tourist kat pulau tu..yg suka sangat water activity ni of cause lah en Adam & the geng..papanya ajar sekejap je terus dia pandai snorkeling sendiri sampai makan pun kita yg kena panggil naik uhukkk...

story part shopping plak..uishh rasa macam nak beli semua sampaikan ikan masin yg dihidangkan kat Mari-Mari Cultural Village tu pun sy cari & beli sebab en Nan suka ikan masin tu & tak lupa jugak kopi tenom yg famous kat Sabah..rumpai laut pun sangat murah & ada macam2 jenis dari untuk kecantikkan sampailah utk kesihatan..

dah alang2 sampai Sabah, mesti nak jugak beli barang seketul dua pearl kan, then tour guide bawak kami ke Jameela, kedai menjual pearl yg famous di kalangan tourist, sy bukan hard core pada pearl tapi boleh sampai tak cukup duit bila nak bayar..nasib baik ada back-up banker hahaa..
Gunung Kinabalu destinasi seterusnya..jauh gak dari town nak ke sana plus minuse 2hrs perjalanan..seawal 6.30am kami bergerak dari hotel sebab tour guide kata if nak nampak puncak Gunung Kinabalu dgn jelas sekitar jam 8am (if cuaca baik & tiada kabus..) & Alhamdulillah memang rezeki kami, cuaca amat baik & puncak gunung boleh nampak dgn jelas..lebih kurang 1hour menghabiskan masa di National Park, MasyaAllah sy amat kagum dgn keindahan ciptaan Allah & cuaca yg amat nyaman sehinggalah puncak gunung beransur-ansur hilang diselabuti kabus..

seterusnya kami singgah di pekan Kundasang..pekannya lebih kurang macam di Cameron Highlands & sejuk, penuh dgn tanaman & jualan sayur2 an & buah2 an..ada satu buah yg menarik perhatian sy iaitu buah lemak manis..rupanya seperti mangga/buah labu & rasanya memang sgt creamy..tp kena makan fresh utk mengelakkan rasanya hilang..sayangnya kami tak berkesempatan utk ke jambatan Tamparuli kerana lokasinya yg jauh ke dalam & waktu tidak mengizinkan..

last but not least, kami singgah di Rumah Terbalik semasa perjalanan ke airport..yelah selalu dengar org story pasal rumah terbalik ni kan, nak jugak sy tengok dari dekat..sebenarnya tak ada apa yg menarik pon di sini, setakat tengok kereta & rumah terbalik..di dalam rumah tak dibenarkan mengambil gambar & pada sy tak ada apa yg boleh dibanggakan di situ plus dgn entrance fee rm10/person, sy rasa macam tak berbaloi..tapi takpelah kan at least sy sampai juga di sini..

In Shaa Allah jika diizinkan, para2 suami ada perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu..bolehlah sy datang lagik & menikmati buah lemak manis hahaaa...