Friday, April 5, 2013

KAHWIN KAHWIN KAHWINNN...

bulan March, cuti sekolah seminggu sy tak plan ke mana2 pun..banyak wedding nak kena attend on weekend..paling tak boleh mengelak bila cousin punya majlis..

yg ala2 garden wedding kat villa ni cousin yg keberapa ntah..ni yg ayah dia keje pilot & if you all boleh flashback, pd 30/11/2008 family ni pernah mengalami mimpi ngeri di mana rumah banglo mereka di Ulu Yam, Selangor tertimbus dlm incident tanah runtuh pd jam 5.30am & meragut dua nyawa - Noratirah Roslan(16thn) & Nurul Intan Sarina Roslan(9thn)..kiranya nilah menantu pertama dlm family mereka & kalau tak silap sy ada lagi 2 orang anak yg belum kahwin..



wedding yg ni plak kat Melaka..well known, org Melaka kalau buat majlis kahwin memang meriah..part yg paling sy suka berinai besar, tang bunga api buluh tu yg buat sy amat suka attend wedding org Melaka heheee..sy dulu in-law siap mintak ayah tempahkan bunga api buluh tu utk majlis kami kat Ampang..kat KL katanya tak ada org buat begitu, bangga gak jadi org Melaka an heheee..




zaman berubah, kompang kampung pun dah jadi modern..kompang kali ni memang lain dr yg lain..bukan setakat pakai pengetuk besau tu, tapi ahli2 kompang siap buat persembahan menari2 lagik sambil menepuk kompang memasing..errmmm agaknya kat tempat lain ada tak mcm ni..

dalam dok sibuk2 tu, sempat gak snap gambar beramai2 dgn ahli keluarga baru & sedara mara..


No comments:

Post a Comment