Sunday, March 27, 2011

TAHLIL PERTAMA BUAT MUHAMMMAD YAZIR...

25/3/2011 a 1st kenduri Tahlil & Yassin for my late beloved son MUHAMMAD YAZIR..

Allhamdulillah wpun kecil tp majlis berjln dgn lancar & ramai jemputan yg hadir - saudara mara, jiran2, kwn2 mama-papa..syukur rezeki kamu murah syg..pasti kamu gembira di sana..niat mama & papa utk kamu telah pon kami sempurnakan...

memang sengaja kami mmilih hari Jumaat krn setiap kali datangnya hari itu pasti kami tkenang & rindukan kamu..kini hari itu amat bermakna sekali buat kami..sukar sungguh utk mnerima knyataan yg kamu telah pergi mninggalkan kami tp kami harus redha dgn takdir Tuhan..hanya mereka2 yg pernah khilangan anak saja yg tahu betapa peritnya mnempuh dugaan yg hebat ini..

wpun kamu tiada bersama tp mama tak pernah tinggal/lupakan kamu..ke mana saja mama pergi gambar kamu sntiasa ada bersama menemani mama..sptnya abg kamu, kamu juga anak mama yg perlu sentiasa ada bersama mama..kamu tetap di hati mama selamanya... 

InsyaAllah, selepas ni mama & papa akan menyempurnakan batu tanda di pusara kamu..ini adalah pmberian ikhlas dr atuk Ramli & nenak Rahmah kpd kamu..kuat kah mama utk menjejakkan kaki ke pusara kamu? mama cuba syg..mama pasti akan ke sana melawat kamu nanti..smoga Tuhan mmberi rahmati ke atas roh kamu & di tmptkan bersama golongan soleh & solehah..AL-FATIHAH





Wednesday, March 23, 2011

MATI ITU PASTI...

setelah 52 hari perginya kamu Muhammad Yazir..kami terima berita nenek saudara kamu yg mama panggil Mak Mok menyusul kamu menemui Ilahi (21/3/2011, Isnin @ 2.00pm)...

walaupun mama tak berkesempatan menziarah Mak Mok semasa dia terlantar di hospital kerana mama masih berpantang melahirkan kamu tp mama & papa sempat beri penghormatan terakhir pd jenazahnya...kali ini mama tak mampu lg utk mengalirkan airmata..mungkin krn kesedihan kali ini tidak sehebat waktu mama kehilangan kamu..kesedihan itu masih ada sehingga ke hari ini...ramai yg bertanya tentang kamu pd papa berbanding mama..mungkin mereka tak mahu mama bersedih lg agaknya...

itulah lumrah hidup syg..setiap yg hidup pasti akan mati..mama, papa, abg kamu & semua ahli keluarga kita pasti akan menemui Ilahi sama seperti kamu bila tiba waktunya...dunia ini hanya sementara...mama selalu berdoa agar kamu gembira & aman di sana..semoga Tuhan merahmati roh kamu & Mak Mok...AL-FATIHAH

Sunday, March 13, 2011

ENGKAU TIBA BAGAIKAN PELANGI...

pelangi petang..
setiap kali mama dengar lagu ni semakin membara rindu pd kamu..rindu yg tiada penghujungnya..kamu lah pelangi untuk kami semua..kehadiran kamu memang di nantikan tapi sayangnya hanya sementara..

walaupun kamu tidak bersama kami lagi..tapi kehadiran kamu cukup membahagiakan..mama lah org yg paling bahagia bagi setiap detik & saat bersama kamu..mama diberi peluang utk mengandung & melahirkan kamu..

hari ni genaplah 44 hari kamu pergi menemui Pencipta kamu..mama reda dgn pemergian kamu tapi mama tak mampu melupakan kamu walaupun sesaat..bohonglah jika mama mampu menahan airmata waktu utk dijatuhkan..tidak sesekali mama melupakan kamu, itu janji mama pd kamu..pd papa & abg kamu Adam mama janji sepahit apa pun yg terjadi mama harus terus berjalan tanpa henti..semoga mama lebih tabah mengharungi hari2 yg mendatang..

Al-Fatihah utk kamu syg Muhammad Yazir..semoga roh kamu aman & tenang di sana..amin

Pelangi Petang - Sudirman -
ku meniti awan yg kelabu..
ku tempuhi lorong yg berliku..
mencari sinar yg menerangi kegelapanku..

ku percaya nanti suatu masa..
sang suria kan menyinar jua..
membawa harapan yg menggunung bersamanya..

engkau tiba bagaikan pelangi..
tak bercahaya namun kau berseri..
tapi cukup menghiburkan hati ini..

seharian waktu bersamamu..
tak terasa saat yg berlalu..
bagai pelangi petang kau kan pasti..
pergi jua...