Thursday, December 27, 2012

2013 BACK TO SCHOOL...

Gambar: Berita Harian, 8-July-2010


Minggu depan, 2-Jan-2013 sesi persekolahan 2013 akan bermula. Dengan ini anak bujang sy akan berada di standard 4..MasyaAllah cepatnya dia membesar kan & lebih byk cabaran yg mendatang mungkin..

Takwim persekolahan 2013 ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesiapa yg ada anak bersekolah memang akan copy paste calendar ni..mcm sy hehee..

Cuti penggal adalah berbeza mengikut negeri & terbahagi kpd kumpulan A & B. Diharap jadual cuti ini dapat membantu keluarga anda untuk merancang cuti dan tahu bila tarikh mula persekolahan.


Takwim Persekolahan 2013 Kumpulan A
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu




Takwim Persekolahan 2013 Kumpulan B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.



Sumber: http://www.moe.gov.my

Wednesday, December 19, 2012

ALLAHUAKBAR!!...



ALLAHUAKBAR!!


Peristiwa yg berlaku antara Israel & Palestin telah pun Allah nyatakan dgn jelas dalam Al-Quran..

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:


[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku....(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)


[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.


[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMuqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YANG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


- Ihsan facebook -

Friday, December 14, 2012

MURPHY'S GOT TALENT...

Dah nak hujung2 tahun ni, sibuk ler dgn dinner sana sini. Asal lunch jek setiap shop yg ada kat Suria ni ada jek org2 Twin Towers terselit dok meng-survey dinner dress, kasut, accessories etc. Dan org2 Murphy pon sesama sibuk gak, maklumlah memasing nak nampak 'goges' masa annual dinner nanti (bila lagik nak melaramkn hehee..)

Dulu sy tergolong dlm category itu gak..sanggup jalan jauh & berhabis utk dinner. Tapi this year sy 50-50 jek utk dinner, tetiba mcm tak berminat plakkn. So sy decide pakai stock lama yg mana rata2nya sy hanya pakai sekali saja, so pesalahnya recycle kn..make-up pon sendiri jek (gila malas aka less budget ahakss..)

On 30-Nov-12 yg buat sy semangat sikit nak pergi, benda alah ni...

rm50 Touch 'n Go as a door gift, so sy dapat ler 2 keping sebab pergi bersama en Nan kan..worth it gak lar daripada tak dapat apa. Lagipun card yg sy ada nih dah memang sampai waktunya utk bertukar baru & rasanya Murphy mendengar kata hati sy kot hahaa..


Dinner story, seperti biasalah..welcoming speech, makan2, minum2 & adalah minah salleh yg sy tak pernah kenal menyanyi. Her voice not bad, rasanya dia dh lama menyanyi kat Malaysia ni coz she can sing in malay & chinese song very well..sikit pelat pon tak ada.

Douglas Lim? sy pernah nampak dia kat TV. He was one of our entertaining on that night. Tak sangka ada pelawak cina yg berkualiti kat Malaysia ni. Rasanya kalau diberi peluang meluas lagik, dia boleh jadi lagi terkenal seperti Harith Iskander, etc.

'Murphy's Got Talent' theme kali ni, so masa inilah nak tunjuk bakat2 terpendam yg ada. 5 finalist was selected to perform on stage, semuanya lelaki..ladies? malu agaknya kot hehee.. Prize dasat gak, kalau tak silap sy winner dapat rm1300 + trophy..sapa nak bagikn..


Yang bestnya part MC random select & volunteer naik stage. Bila dah kat atas stage tu, barulah tahu kena buat gangnam style lar..kena copy paste MC lar & siap ada main teka lagu lagik hahaa..semua yg naik stage tu, tak pandai menari/jawapan salah pon tetap dapat rm100, tu yg berebut2 nak naik stage..

Last sekali, kalau tak ada dancing2 memang tak sah. Sy dgn en Nan stay ler gak join dancing2, tapi tak lama sebab tetiba perut sy lapar sgt. Sebelum tu Adam dah marah2 sy sebab pergi makan sedap dgn papanya, tapi realitinya takdelah sedap pon kalau portion makanan yg ciput & memang tak sedap + service yg sangat hampeh! (boleh mendatangkan marah..)

Penyudahnya wahai anakku, mama melepak kat kedai mamak dgn dinner dress & selipar jee hahaa..



Thursday, December 13, 2012

NOVEMBER RAIN...

November, bulan kelahiran lelaki2 kesygan sy..

Happy 37th Birthday to Nan..
Happy 66th Birthday to Ayah.. &
Happy 21st Birthday to Bern..


mcm biasalahkn celebrate among family jek..kita org anak beranak jek dh cukup meriah, tu belum masuk org luar lagi tu heheee..


masak..? no lah, normally kita org chips-in jek beli food & cake..this year sy sponsor otak2 yg di beli khas dari Melaka..disebabkn dlm minggu tu few days sy berulang-alik ke Melaka, jadi itu jelah yg sy sempat beli..and si Adam & Qila lah yg bersemangat volunteer memanggang otak2 tu semua, budak2 kan dorang memang seronok nak buat benda yg jarang2 nih..so bapak2 hanya monitor jek budak 2 org tu, takut lain plak yg dipanggangnyakan..



walaupun mendepani minggu2 yg penuh menguji kesabaran, sy bersyukur Allah menjadikan kami penyabar & bertahan dgn setiap dugaan dari-Nya..kerana berduka & menyesali takkan pernah mampu mengubah keadaan..hanya bergerak melangkah & berbuat yg bisa mengganti kedukaan menjadi kebahagian..setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg kita tidak tahu..InsyaAllah



"@ayatquran: Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang (30:5)"


Wednesday, December 5, 2012

STOP BUYING BUBBLE DRINK PRODUCT...



KL Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pikat minuman ini dilaporkan mengandungi senyawa kimia pembangkit penyakit barah.

Tidak hanya senyawa karsinogen biphenyls aspolychorinated, materi kimia berbahaya lainnya juga terkandung: styrene, acetophenone, dan brominated. "Semua bahan itu seharusnya tidak ada dalam makanan," kata pengkaji, Manfred Moller kepada akhbar Jerman, The Local.

PCB terbukti menimbulkan efek merugikan kesihatan. Menjadi biang keladi pertumbuhan sel-sel barah, gangguan sistem kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf, dan kekacauan sistem endokrin.

Styrene tidak kalah bahayanya. Senyawa kimia yang banyak dimanfaatkan untuk bahan baku getah sintetis, stereofoam, pelapis kertas, dan plastik ini terbukti menyimpan efek karsinogen dan racun yang memicu gangguan pada ginjal, sistem pencernaan, dan saluran pernafasan.

Acetophenone yang merupakan senyawa aromatik keton inipun memiliki efek serupa. Hasil riset ahli zat holistik, Michelle Schoffro, menyebut senyawa kimia tersebut berpotensi membangkitkan barah, kerosakan pembuluh darah, dan gangguan saraf otak jika terhirup.

Sementara efek brominated tidak separah tiga senyawa kimia lain. Bahan aditif yang banyak digunakan dalam produk minuman ringan ini rentan memicu gangguan kesihatan seperti tremor, hilangnya memori, dan sakit kepala. Ini terjadi ketika asupan melebihi batas. Efek lain yang menjadi sorotan dalam penelitian itu adalah risiko tersedak. Terutama di kalangan kanak-kanak.

Menghisapnya melalui sedotan besar, bebola kenyal itu masuk ke saluran pernapasan dan paru-paru. Atas semua itu otoriti kesihatan Jerman itu, mulai memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk minuman tersebut. Bimbang atas informasi ini adalah wajar. Minuman asal Taiwan itu begitu mudah kita jumpai di kedai-kedai minuman, terutamanya di Indonesia, beberapa negara Asia dan menjelajahi seluruh dunia.


MAAF > > > info dlm Bahasa Indonesia


Monday, December 3, 2012

KENYIR ON THE BOARD...

sungguh meletihkan 8hrs+- driving dari KL, tapi Alhamdulillah sampai juga kami di jeti Tasik Kenyir..16yrs ago sy pernah sampai sini, tu masa zaman bercintan-cintun..laa nih pergi bertigalah pulak kan..

this my 1st experience holiday in house boat..mula2 sampai, sy cuak gak tengok house boat yg tak ada star tu..terpikir tang keselesaan & yg penting keselamatan bermalam dlm boat tu sepanjang berada di atas air tasik..seram gak!

seperti biasa, yg terlebih excited adalah anak2 sebab dikelilingi air yg sememangnya dorang ni pantang jumpa air, DANNN..hari pertama percutian sy ini telah di uji dgn kejadian yg memang amat2 sy takutkan setibanya di sini..ianya benar2 berlaku & di depan mata sy..Allahuakbar!! paniknya sy waktu itu hanya Tuhan yg tahu..
nampak tak pic kat atas, budak bertiga tengah seronok menangguk anak2 ikan di hadapan boat..sejurus selepas sy snap pic tu, belum sempat sy menoleh ke belakang..pluppp sy nampak Adam jatuh ke dalam tasik!!..sy jerit minta tolong pd bro in-law sy, tapi mungkin sbb dia pon panik & dia hanya memandang sy..dua kali sy minta tolong baru sy nampak kepala Adam timbul di permukaan air tasik & waktu itu jugak, en Apis cuba mencapai tangan Adam & en Nan hanya dapat menjengukkan kepala dari tingkat satu boat..


Adam sikit pun tak nampak muka takut, tp selepas di-lecture oleh sy barulah dia menangis..sy tahu Adam boleh berenang tapi budak sekecil dia jatuh ke dlm tasik yg sgt dlm begitu, haruslah sy panik & terkejut..sy yg cukup dewasa ini pun terasa seram bila memandang ke dasar air..syukur Allah masih beri kesempatan utk sy meneruskan kehidupan bersama satu2 nya zuriat yg sy ada..

after the incident, setiap pergerakan Adam sentiasa diperhatikan..life jacket should always wear, tied & strong..tapi sy tetap ada perasaan takut, apatah lagi bila lihat the boys berlari & melompat ke dlm tasik..they are really enjoy the moments..dorang ni memang berani, sy plak yg kecut perut rasanya..

anak2 seronok mandi-manda, while fathers were busy catching fish..inilah kali kedua encik2 husband memancing, yg pertama dulu kat Lumut heheee..as i know, dorang ni bukannya minat memancing pun, tapi sebab dah terkenan hobi en Chuli & dah terasa seronok experience masa kat Lumut tu kan..


dlm sibuk dgn mcm2 activity, sempat gak kami celebrate birthday en Nan & cik puan Jusie kita..sempoi gitu tiup lilin berlatar belakangkan waterfalls, cantik! yg kelakarnya, cik puan Jusie tak tahu cake yg sy minta dia ambilkn sebenarnya birthday cake utk dia sendiri hahaaa..sorry!! my mistake lah cik puan, cake tu lambat sgt sampai..so you kena tolonglah kwn you ni kan..ni kira kes birthday girl bwk cake sendirilah hahhaaa..

last day in Terengganu, kalau tak singgah Pasar Payang memang tak sah..bukan nak beli apa pon sebenarnya, tapi dah jadi mcm activity wajib bila sampai Terengganu..and keropok losong harus beli dong, & had our dinner at Kafe D'Muara Life Seafood..how we know about the restaurant?
cerita kelakarlah yg ni..the brochure dapat masa kat Pasar Payang, with mentioned sekian2 price in package..tapi bila sampai kat restaurant tu, price dh jadi lain & waiter kata dorang hanya nak clearkn brochure..pe lagi kena serangan laser dgn makcik Laily kita..sy nak gelak pun ada, tapi sebab lapar itu hati ada panas jugalah kawan..but fortunately the food taste delicious, so terpadam sudah api yg membara & laser point pun udah hilang ntah ke mana hahaaa..

sampai skrg kalau ingat2 balik yg buat sy tergelak, masa order waiter siap tanya nak cordial orange/mango? kita org beria2 lah mintak cordial mango & chinese tea..tapi yg sampai nya chinese tea dah betul, cordial mango sudah tukar kaler jadi sirap! aduiii apa pon tak boleh hahaaaa..