Saturday, January 31, 2009

LELAKI MENYAYANGI SEPENUH HATI...

Mmg pelik klu lelaki mngadu dia sangat sedih akibat dtinggalkan kekasih..bukan stkt sedih jek...tp sampai tak lalu makan dan tak boleh tido...hehehh...tak tau kenapa aku jd "geli" kalau org lelaki mngeluh duka akibat dtinggalkan kekasih..

Lihat ler pompuan2...betapa bukan sume perpisahan bmula dr lelaki...lelaki pun tidak kurang menjadi mangsa cinta..tetap dtinggalkan..atas alasan apa??

Mungkin kerana terlalu syg hingga mnimbulkan bosan...maknanya ada lelaki yg terlalu emosional apabila sukakan seseorg...slalunya sifat begini hanya ada pd pompuan...tp lelaki setelah dia benar2 terpikat dia akan jd lebih dr pompuan...

Hari ini sukar nak mencari lelaki yg benar2 jujur, ikhlas dan komited bila bcinta..klu korang dpt satu..jgn permainkan dia sbb korang mungkin tak akan jumpa lg yg serupa...terima dia seadanya...nak cari lelaki 100% bagus mmg tak akan jumpa...camtu gak pompuan..

Klu serasi dgn dia...korang pompuan jgn layan lelaki lain lebih2...tu mnyakitkan hati dia dan timbul cemburu...lelaki komited bila dia rasa tcabar...dia sanggup berbuat sesuatu yg di luar jangkaan...

Jgn sangka hati lelaki keras cam batu...klu korang pandai bperanan...hati dia bole cair cam air batu...oleh itu pompuan2...gunakan pendekatan yg mempamerkan kjujuran, kikhlasan dan klembutan...korang pasti akan dsygi setengah mati...

APA YANG KITA SOMBONGKAN..???

Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari. Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal. Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain. Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain.

Kita lupa bahawa sombong adalah hak TUHAN, kerana TUHAN MAHA SEGALANYA. Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.

Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas. Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain.

Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal. Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya. Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.

Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Kalau begitu, APA YANG BOLEH KITA SOMBONGKAN..??