Thursday, December 27, 2012

2013 BACK TO SCHOOL...

Gambar: Berita Harian, 8-July-2010


Minggu depan, 2-Jan-2013 sesi persekolahan 2013 akan bermula. Dengan ini anak bujang sy akan berada di standard 4..MasyaAllah cepatnya dia membesar kan & lebih byk cabaran yg mendatang mungkin..

Takwim persekolahan 2013 ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesiapa yg ada anak bersekolah memang akan copy paste calendar ni..mcm sy hehee..

Cuti penggal adalah berbeza mengikut negeri & terbahagi kpd kumpulan A & B. Diharap jadual cuti ini dapat membantu keluarga anda untuk merancang cuti dan tahu bila tarikh mula persekolahan.


Takwim Persekolahan 2013 Kumpulan A
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu




Takwim Persekolahan 2013 Kumpulan B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.



Sumber: http://www.moe.gov.my

Wednesday, December 19, 2012

ALLAHUAKBAR!!...



ALLAHUAKBAR!!


Peristiwa yg berlaku antara Israel & Palestin telah pun Allah nyatakan dgn jelas dalam Al-Quran..

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:


[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku....(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)


[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.


[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMuqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YANG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


- Ihsan facebook -

Friday, December 14, 2012

MURPHY'S GOT TALENT...

Dah nak hujung2 tahun ni, sibuk ler dgn dinner sana sini. Asal lunch jek setiap shop yg ada kat Suria ni ada jek org2 Twin Towers terselit dok meng-survey dinner dress, kasut, accessories etc. Dan org2 Murphy pon sesama sibuk gak, maklumlah memasing nak nampak 'goges' masa annual dinner nanti (bila lagik nak melaramkn hehee..)

Dulu sy tergolong dlm category itu gak..sanggup jalan jauh & berhabis utk dinner. Tapi this year sy 50-50 jek utk dinner, tetiba mcm tak berminat plakkn. So sy decide pakai stock lama yg mana rata2nya sy hanya pakai sekali saja, so pesalahnya recycle kn..make-up pon sendiri jek (gila malas aka less budget ahakss..)

On 30-Nov-12 yg buat sy semangat sikit nak pergi, benda alah ni...

rm50 Touch 'n Go as a door gift, so sy dapat ler 2 keping sebab pergi bersama en Nan kan..worth it gak lar daripada tak dapat apa. Lagipun card yg sy ada nih dah memang sampai waktunya utk bertukar baru & rasanya Murphy mendengar kata hati sy kot hahaa..


Dinner story, seperti biasalah..welcoming speech, makan2, minum2 & adalah minah salleh yg sy tak pernah kenal menyanyi. Her voice not bad, rasanya dia dh lama menyanyi kat Malaysia ni coz she can sing in malay & chinese song very well..sikit pelat pon tak ada.

Douglas Lim? sy pernah nampak dia kat TV. He was one of our entertaining on that night. Tak sangka ada pelawak cina yg berkualiti kat Malaysia ni. Rasanya kalau diberi peluang meluas lagik, dia boleh jadi lagi terkenal seperti Harith Iskander, etc.

'Murphy's Got Talent' theme kali ni, so masa inilah nak tunjuk bakat2 terpendam yg ada. 5 finalist was selected to perform on stage, semuanya lelaki..ladies? malu agaknya kot hehee.. Prize dasat gak, kalau tak silap sy winner dapat rm1300 + trophy..sapa nak bagikn..


Yang bestnya part MC random select & volunteer naik stage. Bila dah kat atas stage tu, barulah tahu kena buat gangnam style lar..kena copy paste MC lar & siap ada main teka lagu lagik hahaa..semua yg naik stage tu, tak pandai menari/jawapan salah pon tetap dapat rm100, tu yg berebut2 nak naik stage..

Last sekali, kalau tak ada dancing2 memang tak sah. Sy dgn en Nan stay ler gak join dancing2, tapi tak lama sebab tetiba perut sy lapar sgt. Sebelum tu Adam dah marah2 sy sebab pergi makan sedap dgn papanya, tapi realitinya takdelah sedap pon kalau portion makanan yg ciput & memang tak sedap + service yg sangat hampeh! (boleh mendatangkan marah..)

Penyudahnya wahai anakku, mama melepak kat kedai mamak dgn dinner dress & selipar jee hahaa..



Thursday, December 13, 2012

NOVEMBER RAIN...

November, bulan kelahiran lelaki2 kesygan sy..

Happy 37th Birthday to Nan..
Happy 66th Birthday to Ayah.. &
Happy 21st Birthday to Bern..


mcm biasalahkn celebrate among family jek..kita org anak beranak jek dh cukup meriah, tu belum masuk org luar lagi tu heheee..


masak..? no lah, normally kita org chips-in jek beli food & cake..this year sy sponsor otak2 yg di beli khas dari Melaka..disebabkn dlm minggu tu few days sy berulang-alik ke Melaka, jadi itu jelah yg sy sempat beli..and si Adam & Qila lah yg bersemangat volunteer memanggang otak2 tu semua, budak2 kan dorang memang seronok nak buat benda yg jarang2 nih..so bapak2 hanya monitor jek budak 2 org tu, takut lain plak yg dipanggangnyakan..



walaupun mendepani minggu2 yg penuh menguji kesabaran, sy bersyukur Allah menjadikan kami penyabar & bertahan dgn setiap dugaan dari-Nya..kerana berduka & menyesali takkan pernah mampu mengubah keadaan..hanya bergerak melangkah & berbuat yg bisa mengganti kedukaan menjadi kebahagian..setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yg kita tidak tahu..InsyaAllah



"@ayatquran: Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang (30:5)"


Wednesday, December 5, 2012

STOP BUYING BUBBLE DRINK PRODUCT...



KL Mendengar hasil penelitian University Hospital Aachen Jerman, mungkin membuat kita tidak lagi tergoda dengan segarnya bubble tea atau bubble drink. Bebola lembut yang menjadi daya pikat minuman ini dilaporkan mengandungi senyawa kimia pembangkit penyakit barah.

Tidak hanya senyawa karsinogen biphenyls aspolychorinated, materi kimia berbahaya lainnya juga terkandung: styrene, acetophenone, dan brominated. "Semua bahan itu seharusnya tidak ada dalam makanan," kata pengkaji, Manfred Moller kepada akhbar Jerman, The Local.

PCB terbukti menimbulkan efek merugikan kesihatan. Menjadi biang keladi pertumbuhan sel-sel barah, gangguan sistem kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf, dan kekacauan sistem endokrin.

Styrene tidak kalah bahayanya. Senyawa kimia yang banyak dimanfaatkan untuk bahan baku getah sintetis, stereofoam, pelapis kertas, dan plastik ini terbukti menyimpan efek karsinogen dan racun yang memicu gangguan pada ginjal, sistem pencernaan, dan saluran pernafasan.

Acetophenone yang merupakan senyawa aromatik keton inipun memiliki efek serupa. Hasil riset ahli zat holistik, Michelle Schoffro, menyebut senyawa kimia tersebut berpotensi membangkitkan barah, kerosakan pembuluh darah, dan gangguan saraf otak jika terhirup.

Sementara efek brominated tidak separah tiga senyawa kimia lain. Bahan aditif yang banyak digunakan dalam produk minuman ringan ini rentan memicu gangguan kesihatan seperti tremor, hilangnya memori, dan sakit kepala. Ini terjadi ketika asupan melebihi batas. Efek lain yang menjadi sorotan dalam penelitian itu adalah risiko tersedak. Terutama di kalangan kanak-kanak.

Menghisapnya melalui sedotan besar, bebola kenyal itu masuk ke saluran pernapasan dan paru-paru. Atas semua itu otoriti kesihatan Jerman itu, mulai memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk minuman tersebut. Bimbang atas informasi ini adalah wajar. Minuman asal Taiwan itu begitu mudah kita jumpai di kedai-kedai minuman, terutamanya di Indonesia, beberapa negara Asia dan menjelajahi seluruh dunia.


MAAF > > > info dlm Bahasa Indonesia


Monday, December 3, 2012

KENYIR ON THE BOARD...

sungguh meletihkan 8hrs+- driving dari KL, tapi Alhamdulillah sampai juga kami di jeti Tasik Kenyir..16yrs ago sy pernah sampai sini, tu masa zaman bercintan-cintun..laa nih pergi bertigalah pulak kan..

this my 1st experience holiday in house boat..mula2 sampai, sy cuak gak tengok house boat yg tak ada star tu..terpikir tang keselesaan & yg penting keselamatan bermalam dlm boat tu sepanjang berada di atas air tasik..seram gak!

seperti biasa, yg terlebih excited adalah anak2 sebab dikelilingi air yg sememangnya dorang ni pantang jumpa air, DANNN..hari pertama percutian sy ini telah di uji dgn kejadian yg memang amat2 sy takutkan setibanya di sini..ianya benar2 berlaku & di depan mata sy..Allahuakbar!! paniknya sy waktu itu hanya Tuhan yg tahu..
nampak tak pic kat atas, budak bertiga tengah seronok menangguk anak2 ikan di hadapan boat..sejurus selepas sy snap pic tu, belum sempat sy menoleh ke belakang..pluppp sy nampak Adam jatuh ke dalam tasik!!..sy jerit minta tolong pd bro in-law sy, tapi mungkin sbb dia pon panik & dia hanya memandang sy..dua kali sy minta tolong baru sy nampak kepala Adam timbul di permukaan air tasik & waktu itu jugak, en Apis cuba mencapai tangan Adam & en Nan hanya dapat menjengukkan kepala dari tingkat satu boat..


Adam sikit pun tak nampak muka takut, tp selepas di-lecture oleh sy barulah dia menangis..sy tahu Adam boleh berenang tapi budak sekecil dia jatuh ke dlm tasik yg sgt dlm begitu, haruslah sy panik & terkejut..sy yg cukup dewasa ini pun terasa seram bila memandang ke dasar air..syukur Allah masih beri kesempatan utk sy meneruskan kehidupan bersama satu2 nya zuriat yg sy ada..

after the incident, setiap pergerakan Adam sentiasa diperhatikan..life jacket should always wear, tied & strong..tapi sy tetap ada perasaan takut, apatah lagi bila lihat the boys berlari & melompat ke dlm tasik..they are really enjoy the moments..dorang ni memang berani, sy plak yg kecut perut rasanya..

anak2 seronok mandi-manda, while fathers were busy catching fish..inilah kali kedua encik2 husband memancing, yg pertama dulu kat Lumut heheee..as i know, dorang ni bukannya minat memancing pun, tapi sebab dah terkenan hobi en Chuli & dah terasa seronok experience masa kat Lumut tu kan..


dlm sibuk dgn mcm2 activity, sempat gak kami celebrate birthday en Nan & cik puan Jusie kita..sempoi gitu tiup lilin berlatar belakangkan waterfalls, cantik! yg kelakarnya, cik puan Jusie tak tahu cake yg sy minta dia ambilkn sebenarnya birthday cake utk dia sendiri hahaaa..sorry!! my mistake lah cik puan, cake tu lambat sgt sampai..so you kena tolonglah kwn you ni kan..ni kira kes birthday girl bwk cake sendirilah hahhaaa..

last day in Terengganu, kalau tak singgah Pasar Payang memang tak sah..bukan nak beli apa pon sebenarnya, tapi dah jadi mcm activity wajib bila sampai Terengganu..and keropok losong harus beli dong, & had our dinner at Kafe D'Muara Life Seafood..how we know about the restaurant?
cerita kelakarlah yg ni..the brochure dapat masa kat Pasar Payang, with mentioned sekian2 price in package..tapi bila sampai kat restaurant tu, price dh jadi lain & waiter kata dorang hanya nak clearkn brochure..pe lagi kena serangan laser dgn makcik Laily kita..sy nak gelak pun ada, tapi sebab lapar itu hati ada panas jugalah kawan..but fortunately the food taste delicious, so terpadam sudah api yg membara & laser point pun udah hilang ntah ke mana hahaaa..

sampai skrg kalau ingat2 balik yg buat sy tergelak, masa order waiter siap tanya nak cordial orange/mango? kita org beria2 lah mintak cordial mango & chinese tea..tapi yg sampai nya chinese tea dah betul, cordial mango sudah tukar kaler jadi sirap! aduiii apa pon tak boleh hahaaaa..

Monday, November 19, 2012

BERSEDIALAH WAHAI DIRI...

mendepani minggu2 yg menguji kesabaran..bersedialah wahai diri!!


Dunia-Mu Tuhan..penuh dgn segala mcm hiasan
hiasan yg mempunyai pelbagai rupa & warnanya
hiasan itu adalah satu nikmat yg terlalu berharga
nikmat yg terkandung segala kisah suka & duka
sesuatu yg indah lagi mengembirakan sentiasa didambakan
sesuatu yg sukar lagi menyeksakan, tiada ingin sekali pun sekadar angan2 kosong..

namun keduanya tetap akan menyapamu wahai manusia ciptaan Yang Maha Agung
biarpun kamu menolak mahupun menyenangi
ia tetap menjengahkan dirinya menuntut KESABARAN yg tiada terhingga
tiada sebarang harta dunia yg mampu mencapai mencapai penyelesaian melainkan KESABARAN
seluruh akal bisa memahami maksud SABAR dari bahasanya
namun mampukan hati mengerti SABAR pada lakunya & tertampungkah jasad bertaut roh menjunjung SABAR yg sebenarnya
Subhanallah Maha Luas ilmu ALLAH SWT..





Ya Allah, jadikanlah aku penyabar & bersabar dgn setiap dugaan-Mu..

Wednesday, November 7, 2012

RAYA DAN SUSHI...

AidilAdha
26-Oct-2012


segakkn anak2 bujang ni semua..5 org semuanya dh cukup membuatkn sy migrain tau..gambar ni sy & en Nan sempat snap during pagi raya Haji, perlukn kesabaran nak kumpulkan mereka2 ini pd satu tempat..

and yg ini plak, raya gathering sy dgn geng 606 hahaaa..org raya mkn ketupat, lemang, rendang tp we all jadi org jepun semuanya..kebetulan this raya kami semua tak balik kampung kan, so ada time nak gossip2 lahkn...



actually after the dinner, we all pergi main bowling as per kiddos request..tapi sy terlupa nak snap gambar jaguh2 bowling kita..nasib we all ambil 3 lanes, if campur dgn budak2 kecik tu parah! event separate lane, tetap mengganggu kosentrasi bapak2 & ibu2 argghhhh...

ADAM TURNING 9TH...




7/9/12 - anak bujang sy dah berumur 9thn!..pantasnya masa berlalu..

since his 4yrs old, birthday party en Adam sy buat di sekolah je..every year party pack je yg sy buat sendiri, food & cake normally sy order je..senang utk sy as a working mother kan..

but this year, he request nak buat party kat rumah plak..seingat sy, Adam 1st year je sy buat party kat rumah..masa tu lebih ramai org dewasa drpd kanak2 lar kn heheee..kalau ikutkn sy mmg malas coz his birthday falls on Syawal (byk open hse..), a week after raya plak our wedding anniversary (nak pi cuti2 lah kn..) & 3rd weeks on hari raya nk buat his party plak...haiyorrr penatnya!

papanya kata OK lah kita buat kat rumah this year..so sy pon mula keluarkn list & bekerja keras preparation - goodies, food, invitation, etc..en Adam dh pandai memilih skrg ni, birthday cake (di sponsor oleh Ateh nye..) nak byk 'buah cherry yg ada tangkai' katanya ermmm..legalh sikit bila semua dah settle & confirm, tapi sy rasa mcm ada yg kurang errmmm (tunggu!!...)

so hari yg dinantikn tiba (en Adam bangun awal okey..), kwn2 sekolah Adam ramai gak yg dtg, ada parents yg tunggu & ada yg drop anak saja..anak2 neighbours jugak ramai yg dtg, tak sangka plak ramai..bak kata cousin sy Adam kn peramah, ramai kawan heheee..


kan tadi sy ckp mcm ada yg kurangkn, sy saja nak buat surprise pd Adam..sbnrnya sy dh booked clown without pengetahuan Adam & papanya!, and surprise sy menjadi buat Adam terkejut gembira! yeahh mama always trying do the best for you son!

lagipun sy rasa kids birthday party should have something fun..takan nak dtg mkn, tiup lilin & that's it the party over..must have some games for them rite..so kena ada org yg boleh lead budak2 nih, this is the point sy panggil itu badut mari lor!



see the kiddos enjoy rite!, actually mak bapak pon enjoy sbnrnya especially 'Gangnam style' part..seronok budak2 tu menari tarian naik kuda, tak ada sorang pon yg tak tahu menari gangnam tu..


friendship paper game - mcm2 style dorang buat utk fix together in one piece of paper..yg menang pon all boys, since girls tak ramai so awal2 lagik dh terkeluar senarai..mummia game lagiklh haru, mangsa yg kena balut siap kena marah sebab bergerak hahaaa kesiankn..tp game ni girls lagik terror lah compare to boys yg nak cepat siap heheee..
musical chairs - game ni kena buat 2 rounds sbb boys is big group, so girls kena tunggu next round lah..riuh-rendah dorang berebut kerusi, sampai ada yg tertonggeng & terduduk kat lantai berebut kerusi hahaaa..tapi bila turn girls plak, punyalh sopan masing2 nak rebut kerusi tu..yelah maybe dorang segan sbb boys ramai sgt compare to girls yg hanya beberapa org je kan..


.

dah puas gangnam & games, last sekali sesi potong cake & goodies beg..en Adam tetiba plak malu-malu kucing, maybe sbb ramai org & tak biasa buat party kat rumah kot..selalunya dgn kwn2 sekolah je..sblm majlis habis, last request from the boys..they wanna 'gangnam' AGAIN!..kalau ikutkan clown booking time dh over, tapi tetap layan request budak2 tu..sy nak bayar extra tapi mamat clown tu kata it's for birthday boy..Alhamdulillah rezeki anak bujang sy..



Alhamdulillah, overall sy berpuas hati majlis berjln dgn lancar walaupun penat sebab semua kena buat sendiri..nasib clown byk membantu the event, yg penting birthday boy & friends enjoy the moment..and yg paling buat sy tersenyum puas, sebelum tidur en Adam kata: "tq mama, tq papa buat birthday adik..adik suka sangat!"

10 YEARS AGO...

pejam celik dah 10 tahun rupanya perkahwinan kami, Alhamdulillah..

dlm perkahwinan, apa yg tidak diduga selalu berlaku dgn tiba2..pendek kata perkahwinan itu sesuatu perkara yg memerlukan komitmen yg sgt tinggi..tak kira senang/susah, doa sy semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama kami & berkekalan hingga ke taman2 syurga kelak..InsyaAllah

okey, now nak cerita pasal anniversary arrangement..rugi rasanya kalau tak celebrate, walaupun honeymoon bertiga! (tak ada Adam, tak complete plak percutian sy kn..) semuanya sudah sy aturkan baik punya satu persatu..lokasi percutian, haruslah tempat yg privacy & semestinya ada outdoor activity utk anak bujang sy yg sorang tu..

disebabkn resort tu ada private pool, anak bujang sy tu asyiklh berendam siang mlm sepjg 3D/2N di sana..mentang2 lh tak ada gangguankn..tapi outdoor activity pon dia tak nak terlepas gak..rasanya dia yg terlebih enjoy kot, dah nama pon budak2 kn..sekali-sekala dpt bercuti mcm ni memanglh seronok menghabiskn masa bersama..

10yrs back, kali pertama sy mendptkn khidmat photographer iaitu waktu majlis perkahwinan kami..so this 10yrs anniversary, moment yg indah ini sy nak abadikn dlm family potrait yg cantik..kenangan yg mungkin entah bila akan terulang..terima kasih photographer yg telah merealisasikn impian sy..


terima kasih en Nan krn menjadi seorg suami yg sempurna di mata sy..dan terima kasih Tuhan krn kurniakan sy zuriat yg tidak ternilai harganya..


dapatkah selamanya kita bersama..
menyatukan perasaan KAU dan AKU..
semoga cinta kita kekal abadi..
sesampainya akhir nanti..
selamanya..

LUMUT ADVENTURE TRIP

LUMUT 
June 8 - 10, 2012


sblm ni kalau kata holiday je..sy mesti cari hotel yg selesa, bersih & of coz budget pocket pon mesti besar lar kan..sebab sy jenis mmg lah amat cerewet tang kebersihan toilet & tmpt tidur..tu penting utk sy..

sy tetiba teringin merasa percutian yg sempoi & budget yg ala kadar..kebetulan Laily mempelawa bercuti di Lumut, katanya her brother in-law (abg Min) ada business fishing boat kat sana, so abg Min boleh guide kita & we will stay at 'pondok' which is have to bring our own pillow, etc (omg!!)..my 1st question pd Laily: is the toilet ok? (heheee jahatnya mulut sy kan..) 

memula mmg fikir byk kali gak lar kan sbb 'pondok' tu...tapi dok discuss dgn en Nan & he says why not kita pergi..if ok boleh dtg lagi, but if not..this is the 1st & last lar jwbnya heheee..totally different lah trip kali ni..


bertolak on Friday AM, berhenti di Kuala Selangor for lunch & Friday prayers, petang we sampai di Lumut..memula bila nmpk 'pondok' yg dimaksudkn, terus sy ckp dgn en Nan: halamak tido kat sini ke? perghhh nak nangis pon ada..location pondok betul2 berdepan dgn kem Lumut..

en Adam memang sempoi..berlari terus ke tepi laut, nmpk mcm dia suka sangat..1/2 hour pastu budak bertiga tu tak sabar2 nak mandi laut..sikit pon tak risau camne nak tido kat pondok tu..arrghhhhh

yg sebenarnya mereka tu tak sabar nak naik sampan kecik ni ha..pastu ada hati nak dayung sampan tu ke tengah laut..oiii budak2 jgn buat pasal ler kan, korang tu semua budak bandar mana reti jadi anak nelayan...



yg bapak2 nya plak time2 nilah nak ikut abg Min & geng pergi pasang pukat..tinggalkn kami ibu2 melayan anak2 yg dh terjerit2 sebab keterujaan mereka..

sy dah mula rasa comfortable dgn suasana di situ..sy nampak betapa indahnya ciptaan Tuhan, laut terbentang luas dengan pemandangan senja yg sgt cantik! MasyaAllah..alangkah bagus jika setiap hari sy dpt menikmati keindahan spt ini..


2nd day: awal2 pagi we ibu2 bangun utk siapkan breakfast..today kami akan menghabiskan masa di laut..seawal 7am si Adam dah bangun nak mandi laut! terkejut gak sy awal2 pagi nak mandi laut..tak sejuk ke? errmmm bila yg dua org lagi tu pon sedar..melompatlah budak bertiga ke sampan kecik tu..haii anak2 gumbiranya hati kamu ye..

selesai masak, semua mknan kami letak dlm bekas utk di bawa ke Pangkor..bang Min kata kita bfast di Pangkor sambil budak2 tu mandi-manda..

merasa lah sy naik boat nelayan..perjln di atas laut sungguh mencabar..melambung2 boat yg kami naik meredah ombak besar..tipulah kalau sy kata tak takut kalau dah melambung2 tinggi sampai beralih tempat duduk kan..

yg budak bertiga tu pon pucat mukanya, si Adam dok peluk je kaki sy, si Luqman tunduk tak bergerak2 & si Ali plak dok pegang jek tepi boat tak nak bergerak..satu patah perkataan pon tak keluar dr mulut budak2 tu..nak gelak pon ada tapi memang nmpk mereka takut..nasib baik sblm tu dah bagi budak2 tu mkn ubat, if not rasanya memang muntah hijau ler budak2 tu..

sampai je Pangkor, tak sempat2 budak bertiga tu melompat ke dalam laut..sy sentiasa remind mereka jgn sesekali bukak life jacket sbb laut kat situ agak dalam (risaunya sy kan..)

dah puas di situ, then kami naik boat ke tempat lain plak..sempat gak ler berhenti fishing tapi boat fishing maybe tak sesuai utk budak bertiga tu, panas bontot dorang dok dlm boat tu..
and abg Min perasaan budak2 tu tak berapa nak happy dok diam dlm boat, so dia bawak we all ke satu pulau, tempat mencari kerangan..kat situ pon cantik airnya utk mandi & byk juga anak2 ikan yg cantik kt situ..bermula lah activity budak bertiga tu di sebuah pulau (ini tempat aku yg punyalah hahaaa...)


ptg, air hampir surut..abg Min kata waktu ini waktu utk mencari kerang pulak..kena turun dari boat utk cari kerang tu..caranya merasa dgn kaki di tanah berlumpur tu..seriously tak pernah merasa buat sebelum ini, satu pengalaman baru..boleh tahan jugak hasil kutipan kerang ptg itu & yg paling suka, saiz kerang yg besar2!



mlm, mkanan kami semua berasaskan seafood yg di masak sendiri, yg di tangkap sendiri..dinner kami di pondok yg mengadap kegelapan laut & angin laut yg sepoi2 sungguh mengasyikkan..

sgt berbaloi..walaupun penat sbb sehari suntuk di laut, tapi sy puas..walapun pertama kali merasa pengalaman begini, tapi kami enjoy..abg Min pon melayan kami mcm dah lama kenal..

last day: pagi2 kami naik boat utk pergi ke jeti dimana tempat menaikkan hasil tangkapan laut..waktu ini ramailah pemborong2 berebut membeli hasil laut utk mereka jual di pasar..kami pon berebut2 juga membeli ikan2 segar utk di bawa balik, besar2 ikannya..



itulah org kata kalau tak cuba mana tahukn..sekali-sekala kita meletakkan diri bersama golongan2 begini, baru kita tahu betapa sukarnya mereka mencari rezeki utk keluarga..sy yg membesar di bandar secara tak langsung respect & appreciate pd mereka, krn merekalh sy dpt mkn ikan, sotong, udang, etc di bandar KL!

and yg paling penting, trip kali ini telah membuka minda, mata & hati en Adam..sblm balik dia menangis sbb nak tinggalkan atuk Min (abg Min), dia kata atuk tu baik & rajin walaupun kaki atuk tu sebelah je (ye abg Min hanya ada sebelah kaki saja..), so spjg perjlnan balik en Adam tak habis2 bercerita tentang kesusahan & kepayahan nelayan..

wahai anakku Adam, semoga kamu dapat mempelajari & menghargai tentang kehidupan ini..bukan semua org bernasib baik..