Friday, January 14, 2011

BILA IBU BOLEH MEMILIH...

Anakku..
bila ibu bole memilih..
apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
maka ibu akan memilih mengandungmu..
kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah..

9 bulan nak engkau hidup di perut ibu..
engkau ikut kemanapun ibu pergi..
engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan..
engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, kerana ibu kecewa dan berurai air mata..

Anakku..
bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasai ceaser atau ibu harus berjuang melahirkanmu..
maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu..
adalah seperti menunggu antrian memasuki salah 1 pintu syurga..
kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan..
dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua..
malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit..
yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada sesiapa pun..

dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia..
saat itulah..saat paling membahagiakan..
segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah..
mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan..
kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu..

Anakku..
bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu..
maka ibu memilih menyusuimu..
kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan2 dan tegukan2 yang sangat berharga..
merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam kantuk ibu..
adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan..

Anakku..
bila ibu memilih duduk berlama2 di ruang rapat atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle..
maka ibu memilih bermain puzzle denganmu..

tetapi anakku..
hidup memang pilihan..
jika dengan pilihan ibu engkau merasa sepi dan merana..
maka maafkanlah nak..
maafkan ibu..maafkan ibu..

percayalah nak..
ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita..
agar tidak ada 1 keping pun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang..
percayalah nak..
sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu..
percayalah nak..
engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu..

sumber: http://goo.gl/hFqK1

1 comment:

  1. sebak sungguh rasanyer..1 nyawa yg perlu di selamatkan..InsyaAllah dgn izin-Nya akan aku cuba pertahankan..amin

    ReplyDelete