Thursday, December 27, 2012

2013 BACK TO SCHOOL...

Gambar: Berita Harian, 8-July-2010


Minggu depan, 2-Jan-2013 sesi persekolahan 2013 akan bermula. Dengan ini anak bujang sy akan berada di standard 4..MasyaAllah cepatnya dia membesar kan & lebih byk cabaran yg mendatang mungkin..

Takwim persekolahan 2013 ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesiapa yg ada anak bersekolah memang akan copy paste calendar ni..mcm sy hehee..

Cuti penggal adalah berbeza mengikut negeri & terbahagi kpd kumpulan A & B. Diharap jadual cuti ini dapat membantu keluarga anda untuk merancang cuti dan tahu bila tarikh mula persekolahan.


Takwim Persekolahan 2013 Kumpulan A
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu




Takwim Persekolahan 2013 Kumpulan B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.



Sumber: http://www.moe.gov.my

Wednesday, December 19, 2012

ALLAHUAKBAR!!...



ALLAHUAKBAR!!


Peristiwa yg berlaku antara Israel & Palestin telah pun Allah nyatakan dgn jelas dalam Al-Quran..

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:


[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku....(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)


[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.


[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMuqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YANG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


- Ihsan facebook -

Friday, December 14, 2012

MURPHY'S GOT TALENT...

Dah nak hujung2 tahun ni, sibuk ler dgn dinner sana sini. Asal lunch jek setiap shop yg ada kat Suria ni ada jek org2 Twin Towers terselit dok meng-survey dinner dress, kasut, accessories etc. Dan org2 Murphy pon sesama sibuk gak, maklumlah memasing nak nampak 'goges' masa annual dinner nanti (bila lagik nak melaramkn hehee..)

Dulu sy tergolong dlm category itu gak..sanggup jalan jauh & berhabis utk dinner. Tapi this year sy 50-50 jek utk dinner, tetiba mcm tak berminat plakkn. So sy decide pakai stock lama yg mana rata2nya sy hanya pakai sekali saja, so pesalahnya recycle kn..make-up pon sendiri jek (gila malas aka less budget ahakss..)

On 30-Nov-12 yg buat sy semangat sikit nak pergi, benda alah ni...

rm50 Touch 'n Go as a door gift, so sy dapat ler 2 keping sebab pergi bersama en Nan kan..worth it gak lar daripada tak dapat apa. Lagipun card yg sy ada nih dah memang sampai waktunya utk bertukar baru & rasanya Murphy mendengar kata hati sy kot hahaa..


Dinner story, seperti biasalah..welcoming speech, makan2, minum2 & adalah minah salleh yg sy tak pernah kenal menyanyi. Her voice not bad, rasanya dia dh lama menyanyi kat Malaysia ni coz she can sing in malay & chinese song very well..sikit pelat pon tak ada.

Douglas Lim? sy pernah nampak dia kat TV. He was one of our entertaining on that night. Tak sangka ada pelawak cina yg berkualiti kat Malaysia ni. Rasanya kalau diberi peluang meluas lagik, dia boleh jadi lagi terkenal seperti Harith Iskander, etc.

'Murphy's Got Talent' theme kali ni, so masa inilah nak tunjuk bakat2 terpendam yg ada. 5 finalist was selected to perform on stage, semuanya lelaki..ladies? malu agaknya kot hehee.. Prize dasat gak, kalau tak silap sy winner dapat rm1300 + trophy..sapa nak bagikn..


Yang bestnya part MC random select & volunteer naik stage. Bila dah kat atas stage tu, barulah tahu kena buat gangnam style lar..kena copy paste MC lar & siap ada main teka lagu lagik hahaa..semua yg naik stage tu, tak pandai menari/jawapan salah pon tetap dapat rm100, tu yg berebut2 nak naik stage..

Last sekali, kalau tak ada dancing2 memang tak sah. Sy dgn en Nan stay ler gak join dancing2, tapi tak lama sebab tetiba perut sy lapar sgt. Sebelum tu Adam dah marah2 sy sebab pergi makan sedap dgn papanya, tapi realitinya takdelah sedap pon kalau portion makanan yg ciput & memang tak sedap + service yg sangat hampeh! (boleh mendatangkan marah..)

Penyudahnya wahai anakku, mama melepak kat kedai mamak dgn dinner dress & selipar jee hahaa..