Wednesday, October 31, 2012

HALOOO...

Assalammualaikum..

dah ada yg menegur kenapa lama sy tak meng-update blog (oh rupanya ada gak yg rajin baca blog sy ye heheee...)

sabaq naa blog ni blom berkubur lagik..bukan tak ada story mory tapi masa tak time lar kan..tu yg pending jek kt dlm draft tu ha..

tunggu sy free ye..nanti sy kuarkan story mory back dated sy tu ye..
ngeh3...

Saturday, July 7, 2012

SAYUNYA HATI...

hanya tinggal 13 hari saja lagi sblm menjelangnya bulan Ramadhan..

sehari dua ini hati sy menjadi amat sayu..Ramadhan & Syawal ke-2 kami tanpa arwah..sy cuba utk kuatkan hati ini tapi adakalanya sy kalah..kalah pada kenangan manis & keperitan..luarannya sy mungkin nampak kuat, tapi sy tak mampu menipu diri sendiri bahawa...SAYA AMAT MERINDUI ARWAH, SANGAT RINDU!!

Ya Allah,
jika suatu saat aku kehilangan harapan & tujuanku..berikanlah padaku keyakinan bahawa Takdir Mu lebih baik dari semua yg aku inginkan & aku impikan..peliharalah aku dari kekecewaan, kuatkan diri ini utk menempuhi kehidupan ketika sedih & susah..jadikanlah aku seorang manusia yg sentiasa tabah & sabar utk mengharungi hidup yg mendatang..

Amin..

Sunday, May 27, 2012

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR...


 

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanit akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dah tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudai yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi SAW, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perassan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.


source: www.ar-rifke.com