Tuesday, March 19, 2013

PENANG OH PENANG...

back dated story ni sebenarnya..lately ni banyak sangat benda nak kena settlekan, so banyak story mory semuanya tertangguh ler kan..okey just nak share with uolls our family vacation...BIG family!! 

this 2013 year, venue vacation as requested by our parents..ke Penang (Feb 10-12) kita yok..as planned, we spend our Chinese New Year holiday kat sana..since my younger brother bertolak dari Melaka mid-night, so kami bertolak seawal pagi & meet point kami at 1 of RnR (sorry tak ingat which RnR hehee..)

ketua rombongan aka Abg Kawasan kata "kita naik ferry.." 
so bersusun2 lah kereta rombongan yg 5 buah lagik tu berbaris nak naik ferry..itu 1st day kami (mcm kelakar pon ada heheee..)



2nd day punya cerita plak, awal2 pagi dah keluar menuju ke Bukit Bendera..actually yesterday we dah sampai sini, tapi punyalah ramai manusia yg nak naik itu bukit, dah ler cari parking sangatlah susah..memanglah public holiday confirm ramaikan, tapi sy rasa disebabkan location itu bukit di kelilingi kawasan perumahan, so untuk mendapatkan parking teramatlah payah..ntah macam mana orang2 yg tinggal kat area tu..mesti stress jugak kan..dan kebetulan ada plak concert gagnam si PSY kat Penang today..special invitation open house sempena raya cina katanya..memang lagi parah ler kan..

selepas lebih kurang 1hr anak2 bujang mak ayah Q beli ticket, finally berjaya gak we naik itu bukit..view memang cantik tapi sangat panas weather time tu (kesian tengok org tua sy tu) we spend about 3hrs kot kat atas tu plus lunch & the food semuanya sedap2..


part yg paling best bila nak turun..bukan aje anak2 berebut Q nak duduk cabin paling depan tapi dgn sy jugak berebut (over kan hahaa..) & advantage nya, priority given to senior citizen, so sy & anak2 dapatlah dok cabin yg paling depan..kecut perut gak bila turun, rasa macam naik roller coster kata Adam hehee..

then, we went to Snake Temple..jauh gak dari Bukit Bendera nak ke sana plus dengan jem & panas perghhh memang boleh bikin hati panas jugak..tak ada lah best sangat pun kat temple tu..ular2 yg ada pon kebanyakkan macam stim baru pas makan ubat tidur kot..tapi ok lah daripada tak pernah pergi kan hahaaa..


last day..tempat yg paling teringin sangat si Adam tu pergi - Rumah P.Ramlee
alang2 dah sampai Penang kan, so we pergi ajelah..seperti yg dijangka, si Adam tu punyalah banyak soalan nak tanya itu ini..sy leave it to en Nan ler jawab untuk anak dia..conclusion nya mereka berdua memang sukan tengok movie2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini..


** perasan tak sy tak ada story pasal makanan..sebab terlalu banyak makanan di Penang yg menjadi favourite..apatah lagi nasi kandar & pasembor tak tercerita di buatnya perghhh..terbaik!

Friday, March 8, 2013

HAPPY WOMEN'S DAY...from me to you!



 




Hebatnya Wanita
=================

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki..
Wanita itu sayap kiri lelaki..
Wanita berhati lembut dan kuat emosi..
Wanita itu kaum yang lemah..

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu..
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda. Selamat Hari Wanita