Monday, January 28, 2013

HATI SEORANG IBU, PASTI ADA RASA CINTA..

YA ALLAH,
Jika suatu saat aku kehilangan harapan & tujuanku, berikanlah padaku keyakinan bahawa Takdir Mu lebih baik dari semua yg aku inginkan & aku impikan. Peliharalah aku dari kekecewaan, kuatkan diri ini utk menempuhi kehidupan ketika sedih & susah. Jadikanlah aku seorang manusia yg sentiasa tabah & sabar utk mengharungi hidup yg mendatang..

YA ALLAH !
Jadikan kematian anak kami sbg simpanan pahala dan amal baik serta pahala buat kami. Ya Allah, lindungilah dia dari siksa kubur dan berikanlah dia kesejahteraan. Ya Allah, dgn musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatannya dan berilah pahala yang agung, Kumpulkan anak kami dengan orang-orang yg soleh dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dgn rahmat-Mu dari siksaan Neraka Jahim..
AL-FATIHAH, amin...


Hari ni (28-Jan), sudah 2 tahun arwah Yazir pergi meninggalkan sy. Rindunya sy pada arwah hanya Dia yg tahu, hati sering berkata2 pd takdir itu..redha hanya dikatakan tapi tidak pada hati ini yg sarat dgn derita. Memang susah nak diluahkan apa yang dirasa, paling mudah air mata sahaja jadi teman setia dari segi zahirnya. Namun sebenarnya kenangan dgn arwah itu lah kekuatan sy. Ingatan itu mampu buat sy berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup sy nan indah dulu. 

Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan . Kesakitan kehilangan orang tersayang . Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari kehari . Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula, kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Sakit..sgt sakit !

hibanya hati melepaskan arwah pergi
bukan tidak redha, tapi itulah hati seorg ibu
pasti ada rasa cinta, tapi hakikatnya sbg hamba
yang terpaksa akur dgn takdir-Nya

REDHA , REDHA, REDHA...
Semoga kuat , mama !



Tuesday, January 22, 2013

DAN DI SUATU SAAT...

Hidup ini terlalu sukar untuk difahami & di mengerti. Terlalu banyak rahsia & hikmah yg terkandung dlm perjalanan sepanjang kita di beri kesempatan untuk meneruskan hdup kita dlm menjalani perintah dari-NYA. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada pelbagai onak & duri..

Kekadang bila hati berterusan gagal bangkit & tak mampu utk merasa redha, memberi kemaafan, merasa cukup & bersyukur dgn anugerah Allah..diri akan merasa tidak tahu arah mana nak dituju..bagaimana mahu dibuat lagi utk berubah..

Apa pun pilihan org atas kita, segalanya dgn izin Allah. Bukan bermakna tiada balasan dari-Nya..tetap terlaksana buat baik balasan baik, buat jahat balasan jahat..walau sebesar zarah, walau di dalam hati sanubari..

Semoga kita sentiasa bersyukur & memberi kebaikan..InsyaAllah


"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat."

Monday, January 21, 2013

KENANGAN TAK BISA DILENYAPKAN..

pahit manis dalam kehidupan..lagu yg sangat memberi kesan yg mengalirnya air mata - Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan (Jamal Abdillah)


semakin kau diam

semakin kau cengkam
perasaanku


tidakkah tersimpan

rasa kasih padaku
walau secebis

kenangan
tak bisa kau lenyapkan

walau bagaimana
kau cuba memberi alasan
kerana ku tahu itu hanya dusta

adakah di hati

terasa penyesalan menyintaiku

apakah aku tak setaraf

dengan apa yang kau inginkan

jika itu yang benar
biar aku hentikan desakan ini
kerana ku punya harga diri

ku takkan merintih
walau dada pedih membakar

Friday, January 11, 2013

JGN JADIKAN ANAK SEBAGAI BEBAN...




Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Tuesday, January 8, 2013

MENCINTAI ORG YG KITA NIKAHI ADALAH SUATU KEWAJIPAN...

menikahi org yg kita cintai adalah suatu kemungkinan..
mencintai org yg kita nikahi adalah suatu kewajipan..


10 PETUA MENJADI SUAMI MITHALI

1. Isteri adalah manusia

Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri



sumber: Rahsia Perkahwinan


Tuesday, January 1, 2013

WELCOME 2013...


semoga tahun 2013 ini menyinar..
mnjadikn sy seorg isteri, ibu & anak yg tabah mnghadapi ujian di dlm kehidupan..
moga Allah melindungi & memberi bimbingan..
InsyaAllah..


via iPhone