Saturday, January 28, 2012

28 JANUARY MUNCUL KEMBALI...

KepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! berikanlah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku)." (HR. Muslim 2/632) 


Today (28-January-2012) is the 1st year since he passed away.

My second son, MUHAMMAD YAZIR BIN ADNAN, passed away peacefully on 28-Jan-2011 at 2.45pm, and he was survived only for 3 hours.  Losing him is nightmare, never across in my mind that my child will die before me & it happens to me..only ALLAH knows how i feel, tapi sy redha..ini ketentuan ALLAH..semuanya sudah tertulis..


"Sesungguhnya kami milik Allah & Ya Allah, aku redha dgn ketentuanMu. Berilah aku semangat & kekuatan dlm menempuh dugaan Mu yg besar & berat ini, Ya Allah. Sesungguhnya, Kau Maha Pengasih, Maha Pengampun. Segala-gala yg terjadi adalah kehendak mu Ya Allah & aku sebagai hambaMu, redha dgn segalanya. Tempatkanlah Yazir di sisi Mu, di kalangan org beriman, di syurga Mu. Kau temukanlah kami bersamanya di syurga Mu, Ya Allah. - Amin.



"Ya Allah! jadikan kematian anak kami sbg simpanan pahala & amal baik serta pahala buat kami. Ya Allah, lindungilah dia dari siksa kubur & berikanlah dia kesejahteraan. Ya Allah, dengan musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatannya & berilah pahala yg agung, Kumpulkan anak kami dgn orang-orang yg soleh & jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dgn rahmat-Mu dari siksaan Neraka Jahim." Al-Fatihah, amin...




yang dicinta kan pergi..yang di damba kan hilang.. 
hidup kan terus berjalan..meski penuh dengan tangisan..
andai bisa ku mengulang..waktu hilang dan terbuang..
andai bisa ku kembali..hapus semua pedih..

Yazir,
mama love you so much..am going to miss you forever..you are my only YAZIR. Al-Fatihah

Monday, January 16, 2012

JAGA ANAK TANGGUNGJAWAB IBU BAPA...

found this old article..not to blame anyone out there, tapi tak salahkan if kita baca & sharing for our own good rite..let's read it..

*************************************************************************************

JAGA ANAK TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
October 6, 2009 - Saadiah binti Bahari
oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my

Tidak wajar serah si kecil untuk dijaga nenek di kampung melainkan punya alasan kukuh.

ALASANNYA cukup mudah, tidak ada pengasuh dan ada segelintir memberi alasan lebih yakin bayi atau anak kecil mereka dijaga ibu bapa sendiri menjadi penyebab mengapa ramai pasangan suami isteri mengambil keputusan melepaskan anak untuk dijaga datuk dan nenek.

Malah, ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak ke kampung untuk dijaga nenek datuk kerana pelbagai alasan, antaranya sukar mencari pengasuh yang boleh dipercayai.

Persolannya, ADAKAH IA TINDAKAN YANG WAJAR?
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak kepada ibu bapa, seseorang itu perlu ada niat yang ikhlas kerana anak adalah tanggungjawab meraka, bukan orang lain.

"Alasan mengapa hantar anak ke kampung perlu munasabah, misalnya kerana kematian suami atau isteri, sakit atau ditimpa kecelakaan, bercerai dan sebagainya. Tapi jangan pula menjadikan alasan tidak mampu kerana Islam ada menyatakan seseorang itu perlu mempunyai kewangan yang cukup sebelum mendirikan rumahtangga," katanya.

"Silapnya di sini adalah sikap suami isteri itu sendiri yang ingin bergaya lebih sedangkan diri tidak mampu dan jalan mudah adalah dengan menghantar anak untuk dibela datuk nenek di kampung," katanya.

Beliau berkata, setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga perlu memahami bahawa anak adalah pengikat kasih hubungan suami isteri dan aset modal insan yang terbaik bagi kedua-dua ibu bapa.

"Anak juga harta berbentuk duniawi dan ukhrawi yang sewajarnya dipelihara, dijaga, dihargai, ditarbiah dan dididik dengan sebaik-baiknya. Anak-anak pada peringkat umur yang masih kecil juga sedang melalui proses perkembangan dan pembangunan fizikal serta spiritual, minda, kerohanian, emosi dan keinginan syahwat,".

"Justeru, menjadi tanggungjawab penjaga untuk mendidik anak dengan sebaik-baiknya menggunakan modul daripada Al-Quran, Nabi dan ulama, ilmuwan, pakar motivasi, tokoh ibu mithali dan sebagainya mengenai ilmu agama, akidah, solat serta ilmu dunia," katanya.

Sehubungan itu, kata Noh, meletakkan anak kecil untuk dijaga datuk dan nenek tidak ada salahnya jika kedua orang tua itu diyakini mampu mendidik, mengasuh selain mempunyai pengalaman berserta kudrat dan ingatan yang masih kuat.

"Kelebihan untuk cucu jika datuk dan neneknya bekas pendidik atau orang berilmu, tapi penganiayaan juga kepada anak kecil itu jika diletakkan di bawah asuhan orang tua yang tiada pendidikan kerana ia bole membantutkan perkembangan minda kanak-kanak itu untuk menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari kelak,".

"Namun saya perhatikan, datuk dan nenek lebih ramai yang lembut hati dengan cucu. Jadi ciri pemimpin yang tegar dan berani tidak ada sehingga boleh menyebabkan cucu jadi manja dan degil," katanya.

Kata Noh lagi, tidak ada hukum mutlak boleh dijatuhkan terhadap sesiapa yang menghantar anak untuk dijaga kedua-dua orang tua.

Tetapi Noh mengingatkan, jika kedua ibu bapa yang menjaga cucu itu uzur, tidak berkemampuan dari segi kudrat dan kewangan atau sehingga menzalimi tanggungan lain di dalam keluarga itu, maka hukumnya haram.

Begitu juga dengan tindakan segelintir ibu bapa yang menyerahkan anak untuk dijaga datuk dan nenek bukan beragama Islam, hukumnya juga haram walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Perlu juga diingatkan, penyerahan dan penerimaan anak untuk diasuh kedua-dua datuk dan nenek perlu ada reda daripada orang tua. Jangan sehingga ada keluhan kecil keluar daripada mulut kedua mereka kerana menzalimi orang tua itu juga bole mengundang dosa,".

"Lebih malang, hidup anak itu juga tentunya sia-sia dan dalam kerugian, malah rezekinya juga tidak diberkati kerana hidup tanpa keredaan dari kedua ibu bapa," katanya.

Di dalam apa juga situasi, sama ada kerana terpaksa atau rela, anak yang soleh perlu memahami fitrah manusia itu sendiri kerana kata Noh, pada usia emas, warga tua seharusnya diperuntukkan waktu yang secukupnya untuk beramal ibadat.

"Solehkah anak itu jika waktu tua datuk dan nenek itu dibebani tugas membela cucu sedangkan mereka sepatutnya diberi peluang mengisi waktu untuk beribadah," katanya dalam nada yang tegas.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ratu


Monday, January 2, 2012

MULA TAHUN BARU 2012...


semoga kehadiran thn baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yg lebih baik utk me..pengalaman sepjg 2011 me simpan sbg kenangan yg tidak mungkin dpt me ulangi..

org cakap 'sejarah mungkin berulang' tapi adakah ia sama spt pertama kali terjadi? tak kan?..kenangan manis, me kenang sampai bila2..

2011 yg telah mencatat pelbagai kisah duka dalam diari kehidupan me..peralihan hari, bulan & tahun meninggalkan kesan yg mendalam kpd diri me samada memberi perubahan positive atau meninggalkan kesan negative..kenangan pahit, kegagalan yg berlaku sepjg 2011 me anggap sbg langkah yg perlu me lalui utk kehidupan yg lebih baik..InsyaAllah

"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan orang yang mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu yang soleh"
(Surah al-Naml ayat 19)