Wednesday, August 31, 2011

9TH ANNIVERSARY (2 SYAWAL, 1432H)

31-Aug 'akad' telah dilafazkan 8 thn yg lepas..
cepat betul masa berlalu & ianya datang lagi..hari ini, 9thn aku bergelar isteri & 8thn sudah bergelar seorg ibu..aku bersyukur kpd Yang Maha Esa kerana mengurniakan aku seorg suami yg baik..saat suka duka dia sentiasa berada di sisi..

tahun ini penuh dgn dugaan..luarannya aku nampak kuat tapi sebenarnya tidak..dgn penuh sabar, dia tetap berada di sisi..saat aku meratapi kehilangan yg tersayang, dia memberi semangat, kekuatan utk aku terus hidup di bumi Allah ini, katanya:
"papa sedih kita kehilangan dia tapi mama harus teruskan hidup demi Adam..Yazir telah mengalah utk mama & Adam..arwah telah memberikan mama peluang menjadi salah seorg calon ahli syurga..ingat tu"

ya..aku masih ada Adam yg perlukan perhatian & kasih syg kami..besar sungguh dugaan dr Yang Maha Esa untuk kami..aku bersyukur kpd IIahi kerana dengan izin-Nya sehingga ke hari ini jodoh kami masih bertahan..Alhamdulillah


to my hubby ~ another year of sharing as husband & wife..u may only be a person in this world..but for me..u are the world..may the love that we share grows deeper with each passing year..

tak lupa jugak pd ~ shah rizal & shahrina (my sis) / jusliza & apis janggut (my fren) yg kebetulan tarikh anniversary mereka sama dgn kami..wish you both the best life can bring!

HAPPY ANNIVERSARY 2 US!!!

Tuesday, August 30, 2011

1432H, SYAWAL TANPA KAMU...

“Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian” (Hadis riwayat Muslim)



Ya Allah..di pagi Syawal yg mulia, terdengar suara takbir..hati ini tersentuh & airmata menitis..andainya arwah di sisi pasti Hari Raya tidak sesuram ini..


dimulakan dgn Bismillah, doa & sedikit kekuatan pada Syawal mulia di hening pagi raya..mama melangkah buat kali ke-2 ke pusara kamu..di dalam hati mama sempat berkata:
'Selamat Hari Raya Muhammad Yazir..mama, papa & abg Adam datang' 

8 bulan sudah kamu pergi meninggalkan kami..Allah Maha Mengetahui..hati mama sering berkata2 pd takdir itu..redha hanya dikatakan tapi tidak pd hati ini yg sarat dgn derita..sedangkan ajal tidak diketahui & bagaimana kesudahannya..rindunya mama pd kamu hanya Dia yg tahu..Ramadhan penuh dgn airmata yg tak mampu mama bendung..Syawal ini juga tak seindah dulu..yg ada hanya kamu sentiasa di hati..

Ya Allah Kau Maha Pengasih, Maha Pengampun..

Kau tempatkan anakku, Muhammad Yazir di sisi-Mu di kalangan org2 beriman, di Syurga Mu..Kau temukan kami bersamanya di Syurga-Mu Ya Allah..Amin

Al-Fatihah



Monday, August 22, 2011

AMALAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN...

Posted on the August 19th, 2011 / www.harian-metro-online.com



Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
  1. Melakukan qiamullail;
  2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
  3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
  4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
  5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya (Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai:
“Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.

Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya:
“Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”

Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan:
“Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.”

Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.

Dalam zikir, kita mengucapkan:
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud:
“Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”

DOA RAMADHAN ~ HARI KE 22 - 30

Hari Ke-22
"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Ke-23
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Ke-24
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Ke-25
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Ke-26
"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Ke-27
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Ke-28
"Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

Hari Ke-29
"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."

Hari Ke-30
"Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan Rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Sunday, August 21, 2011

1 HARI BERPUASA DI KAMPUNG...

sudah 20 Ramadhan barulah sempat balik kampung berpuasa bersama keluarga..setiap tahun memang kami adik-beradik tak miss utk berpuasa dan bersahur di kampung...

yang lebih seronoknya si Adam & Qila sebab dorang dah tak byk kerenah berpuasa tahun ni...tapi penat lar nenek & atuknya nak melayan..lagi besar dorang berdua ni lagi kuat bercakap..kalau dulu pantang jumpa mesti bergaduh tapi sekarang kalau sorang takde...yg sorang lagi pasti cari..bak kata si Qila:
'air dicincang tak akan putus' amboi!! pandai betul anak dara tu bercakap kan...aku masa tu tak tertahan gelak..tak sangka kuar peribahasa pula...

so sementara menunggu waktu berbuka..budak 2 org tu dok mengadap lappy & samsung galaxy tab yg pasti ownernya org lain hehehhe...budak2 zaman sekarang kan...kita dulu mesti mak dah suruh pergi tido...


yang ni plak pas main bunga api..dorang dok layan makan maggie..kalau ikut aku memang tak dapek ler ekaw makan..tapi neneknya tak sampai hati kesian kt cucu2 dia (tulah salah 1 sebab aku tak nak bagi nenek/opah jaga adam)..

and midnite, my younger bro ajak we all pergi bazaar Ramadhan Taman Cempaka yang aku tak pernah dengar...maklumlah familiar dgn area Masjid Tanah aje...dah sampai sana baru aku tau Taman Cempaka tu dekat Tesco rupanya heheh...
punyalah besar bazaar tu...penat gak berjalan nak2 pula bwk budak kecik 2 org tu..si Adam kalau dh jumpa kedai jam pula punyalah lama dia bertapa kt situ...bukan 1 kedai tp setiap kedai jam dia mesti stop..pdhal aku tgk jam dia sama jek kt semua kedai...

yang kesiannya mak lar...penat org tua tu ikut kerenah kita org..so nak bagi dia releks jap kita org singgah wat inai cam kt tgh aku nih...bunga simple cam gini murah je rm5...


udahnya kita org terus bersahur...kol 4am baru abis berjalan...sekali sekala cam gini seronok gak...

Thursday, August 18, 2011

SEJARAH NUZUL AL-QURAN...

Posted on the August 17, 2011 / www.harian-metro-online.com


Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.

Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.
KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN

Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira’. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : "Saya tidak tahu baca”.

Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :”Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :”Bacalah”, saya tetap menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.

Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya.

PERANAN SITI KHADIJAH

Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan. Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak”.

Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi.

BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL

Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : ”Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”.

Ucapan Waraqah yang mengatakan :”Engkau kelak akan mereka usir” itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran ” As-Siddiq” dan “Al-Amin”, lalu kata baginda dengan kehairanan : “Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?”.

Waraqah dengan tegas menjawab :”Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa.


Rujukan
1. Sirah an-Nabawiyah 1,Syeikh Hassan Ali Nadawi al-Husaini,Pustaka Reka,1997

Monday, August 15, 2011

DOA RAMADHAN ~ HARI KE 15 - 21

Hari Ke-15
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Ke-16
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ke-17
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Ke-18
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Ke-19
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Ke-20
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Ke-21
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Sunday, August 14, 2011

BERBUKA PUASA WITH BUDDY...

yesterday, sy berkesempatan berbuka puasa bersama sahabat2 sy..seronok juga sekali-sekala bawa anak2, en seben berbuka di luar beramai2..yang paling seronok anak2 lar kan dapat jumpa teman2 sebaya mereka..meriah betul rasa macam Hari Raya in advance pulak ;)

venue?? our choice - Felda Villa De'Saji sbb tempat tu lebih santai utk mkn & berborak..& utk anak2 yg memang tak reti duduk diam..ok lar tak menggangu org lain..if kat hotel rasanya tak boleh lar para ibu2 & bapak2 nak bersembang lama kan..

food? De'Saji memang dh terkenal dgn makanannya yg sedap2 belaka..teruja juga we bila tgh byknya mknan lazat2 yg terhidang di meja2 buffet..no diet on that day - makan selagi boleh..we also bagi chance to our kiddos to take their food itself (yelah ikut selera mereka sendiri kan)..

jadinya anak2 in their group, mom & dad also in separate group..senang cerita masing2 punya story lar without gangguan..so here is the pix yg sempat (nak jugak tu heheee)..

mama's clan..

sempat snap yg 2 kerat ni je yg tgh enjoy their desert..
the bodyguard..

Monday, August 8, 2011

DOA RAMADHAN ~ HARI KE 8 - 14

Hari Ke-8
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Ke-9
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Ke-10
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Ke-11
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Ke-12
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ke-13
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Ke-14
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Monday, August 1, 2011

DOA RAMADHAN ~ HARI PERTAMA - KETUJUH...

 Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa."


Hari Ke-2 
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredhaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu wahai Tuhan Maha Pengasih."

Hari Ketiga 
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."


Hari Ke-4 
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran denga kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."


Hari Ke-5 
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan-Mu) yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala pengasih."


Hari Ke-6 
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."


Hari Ke-7 
"Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu, wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."


      HADIRNYA RAMADHAN...

      tanpa di sedari...
      11 bulan byk kata sudah diucapkan & dilontarkan tak semua menyejukkan...
      11 bulan byk perilaku yg sudah dibuat & diciptakan tak semua menyenangkan...
      11 bulan byk keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bahagian dari diri...

      saatnya istirehat dlm perjalanan dunia...
      saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga...
      saatnya menikmati indahnya kemurahan-Nya...
      saatnya memahami makna pensucian diri...

      selamat menunaikan ibadah PUASA bersama kita leburkan kekhilafan..semoga dengan PUASA mempertemukan kita dgn keagungan LAILATUL QADAR..semoga kita semua menjadi pilihan-Nya utk dikabulkan doa2 & kembali menjadi fitrah..
      selamat berPUASA kpd semua...